Berita Auto

Volkswagen I.D. R Pecah Rekod di Pikes Peak

Volkswagen telah berjaya mencatat sejarah tersendiri dalam cabaran Pikes Peak International Hill Climb. Jentera elektrik I.D. R yang dibangunkan oleh jenama itu bukan sahaja memecah rekod bagi kelas elektrik, malah berjaya menjadi kereta pertama melintasi garisan penamat dalam masa kurang lapan minit dengan catatan 7 minit 57.148 saat.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Rekod sebelum ini dipegang oleh Sebastian Loeb yang mencatat 8 minit 13.878 saat dengan jentera Peugeot 208 T16 pada tahun 2013. Bagi kelas elektrik pula, rekod sebelum ini iaitu 8 minit 57.118 saat dicatat oleh Rhys Millen yang memandu jentera eO PP100.

DB2018AL00460_small

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pembangunan I.D. R memfokuskan kepada nisbah berat-kuasa. Jentera itu mempunyai berat kurang 1,100 kg dengan kuasa berjumlah 680 hp dan 650 Nm yang dijana oleh dua unit motor elektrik. Ia juga mempunyai sistem pemulihan tenaga yang mampu menjana kira-kira 20 peratus kuasa.

DB2018AL01106_small

Menurut Volkswagen, I.D. R mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 2.25, menjadikannya lebih pantas daripada jentera F1. Dalam cabaran sepanjang 19.99 km dengan 156 selekoh itu, Dumas mencatat kelajuan purata 145.6 km/j.

 

Previous post

Pemilik Kereta Hibrid Honda Ditipu Pengedar Kereta Terpakai

Next post

Spesifikasi Terperinci BMW 8-Series Anda Perlu Tahu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *