Cerita Auto

UMW Toyota Lancar Kempen Promosi Hari Raya

Sempena sambutan Hari Raya tidak lama lagi, UMW Toyota Motor (UMWT) menjemput rakyat Malaysia untuk turut serta di dalam kempen promosi ‘Mula Jalan Cerita Bersama Toyota’. Promosi yang berlangsung pada sepanjang bulan Jun 2018 memberikan tawaran terbaik bagi model-model kenderaan Toyota dengan harga baru yang tidak dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Harga untuk model seperti Vios kini menjadi lebih mampu milik dengan harga bermula dari RM70,752 disamping tawaran pakej penyelenggaraan percuma bernilai RM2,005, manakala Sienta pula berharga RM91,527 beserta rebat tunai sebanyak RM1,000.

Selain itu, Toyota juga memberikan tambahan penjimatan sehingga RM3,500 serta aksesori percuma bernilai sehingga RM5,790. Duit Raya sebanyak RM500 juga turut diberikan dengan pembelian mana-mana model kenderaan penumpang Toyota (Vios, Corolla dan Camry) serta model MPV (Innova, Avanza dan Sienta).

Sienta Style Rear Quarter_background 2

Bagi mereka yang lebih menggemari Hilux dan Fortuner, rebat tunai sebanyak RM1,000 serta aksesori percuma bernilai sehingga RM3,429 akan ditawarkan untuk varian-varian terpilih.

Bagi pelanggan yang memerlukan bantuan pembiayaan pula mereka mempertimbangkan tawaran yang disediakan oleh Toyota Capital, seperti Toyota 2-Tier Plan yang menyediakan bayaran ansuran bulanan yang lebih rendah kepada graduan serta pelan pembiayaan Toyota Drive, pakej pembiayaan yang pertama seumpanya ditawarkan kepada pelanggan, yang membolehkan mereka menikmati lebih banyak penjimatan.

Toyota_Hilux_Fortuner_Drive_Media-94-620x350

Untuk ketenangan fikiran, semua model Toyota didatangkan dengan jaminan 5-tahun tanpa had perbatuan (kecuali Hilux dengan maksimum jarak 150,000 km). Untuk meningkatkan lagi nilai kenderaan Toyota, jaminan berkenaan juga boleh dipindahkan kepada pemilik seterusnya selagi ia masih tertakluk kepada terma dan syarat.

Sempena berlangsungnya promosi ini juga, Toyota akan mengeluarkan sebuah video ‘Jalan Cerita Raya’ untuk mengimbau perjalanan tahun tahun penuh bersejarah jenama Toyota bersama rakyat Malaysia setakat ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ini, kunjungi laman mikro jalancerita.toyota.com.my.

Raya Sales Promo Leaflet - Back_Gold BG

Previous post

ARRC: Azlan Kelima, Izzat Hadiahkan Podium

Next post

Lego Perkenal Set Bugatti Chiron

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *