Gaya Hidup

The Gasket Alley Lancar Ram Jam Festival 2018

The Gasket Alley, hab gaya hidup Lembah Klang yang semakin popular, telah melancarkan Ram Jam Festival yang akan berlangsung pada 15 Julai 2018 bermula dari pukul 3.30 petang. Acara unik ini akan menjadi platform yang menyatukan bakat tempatan dalam bidang muzik, fesyen, seni, fotografi dan automotif.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Acara tersebut akan mengetengahkan konsep vintaj yang sejajar dengan imej The Gasket Alley. Penganjur mensasarkan kehadiran sebanyak 8,000 pengunjung dari seluruh pelusuk negara.

Antara aktiviti menarik yang menanti pengunjung adalah pameran seni, sesi papan luncur dan persembahan muzik live. Festival Ram Jam akan melabuh tirainya dengan tayangan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2018. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan:

  • Pertandingan ratu cantik Miss Bombshell 2018 yang diinspirasikan oleh budaya ‘pin up’ yang popular ketika era 40- hingga 60-an. Peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM8,000. Pendaftaran boleh dilakukan di https://bit.ly/2HzsBG3 dan akan ditutup pada 20 Jun ini.

Miss Bombshell Contest 2018

  • Pameran jentera-jentera ‘rare’ yang bukan sahaja terdiri dari motosikal ikonik, malah kereta dan trak klasik dari Amerika Syarikat.
  • Persembahan muzik live oleh bakat tempatan yang menampilkan pelbagai genre seperti rock, blues dan hip-hop.
  • Pameran fotografi yang memaparkan hasil kerja Brian Ong, yang juga merupakan pemilik jenama pakaian Mutha Puaka.
  • Servis ‘custom’ dan tips penjagaan yang disediakan oleh pusat penjagaan kasut premium, Dirt Army. Jenama ini juga memulihkan barangan lain seperti topi dan beg.

The Gasket Alley

  • Bengkel sneakers anjuran House of Vans yang menampilkan ahli seni jemputan dan nama-nama besar dalam bidang custom kasut seperti SBTG dari Singapura. Mereka yang mempunyai minat terhadap helmet custom boleh mendapatkan khidmat jenama tempatan Suzzy.
  • Electric Dreams Tattoo Collective yang dibawakan oleh pakar tatu Simon David dan Gary Jones.
  • Tiffin Food Court yang menyediakan pelbagai makanan dan juadah dari lebih 30 restoran dan jenama F&B tempatan.

 

 

Previous post

Nissan Camper Untuk Penggemar Outdoor

Next post

Tun Dr M Umum Kemungkinan Kereta Kebangsaan Yang Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *