Bisnes

Tawaran Raya Terhebat Proton Saga

Sempena dengan musim perayaan ini, PROTON menawarkan kepada pelanggan-pelanggannya tawaran terhebat bagi model Saga dengan harga terbaik dalam tempoh 10 tahun. Di samping itu, terdapat juga penjimatan istimewa ditawarkan untuk model-model Proton lain. Kini, semua orang boleh menikmati tawaran yang hebat – dari mereka yang suka akan pemanduan dan pengendalian kereta Proton, sama ada sedan yang popular sehinggalah MPV yang luas, pastinya ini adalah masa yang sesuai untuk mendapatkan sebuah Proton.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tawaran Saga Terbaik dalam tempoh 10 tahun

PROTON memahami bagaimana kereta pertama boleh mencorak kehidupan seseorang, terutamanya bagi mereka yang akan pulang ke kampung halaman untuk meraikan sambutan yang menggembirakan ini dengan orang yang tersayang. Sedan yang berharga berpatutan boleh memberikan kemudahan dan keselesaan bagi perjalanan jarak jauh untuk keluarga di seluruh negara. Atas sebab ini, PROTON ingin membantu untuk meringankan hidup anda. Saga boleh menjadi milik anda dari harga di bawah RM30,000. Saga yang popular dan tahan lasak ini akan memberikan pemanduan yang lancar dan memudahkan perjalanan di sepanjang lebuh raya.

Beli kereta Proton, sokongan untuk Malaysia

Seiring dengan perkembangan baru-baru ini di dalam negara dan rakyatnya yang bersepadu, PROTON ingin menyatakan sokongannya kepada Tabung Harapan Malaysia, di mana RM10 daripada setiap pembelian kereta Proton akan disumbangkan kepada dana kerajaan tersebut. Sebagai organisasi korporat nasional yang prihatin, PROTON merasakan perlu untuk tampil ke hadapan memberikan bantuan tambahan ke atas tanggungjawab ini demi negara dan bangsa Malaysia. Inisiatif ini bermula 1 June 2018 sehingga 31 Disember 2018.

Penjimatan terbaik bagi setiap model Proton

Selain itu, terdapat juga penjimatan hebat untuk semua model-model Proton lain selain daripada tawaran Saga yang terbaik sempena promosi Hari Raya dan untuk menggalakkan penjualan kereta Proton dalam usaha kami membantu ke arah Tabung Harapan Malaysia. Terdapat penjimatan sehingga RM4,000 untuk Iriz dan Ertiga, dan sehingga RM3,000 untuk Persona. Penjimatan yang ditawarkan adalah berkadar sifar GST, di mana tawaran menyerupai hampir dua kali ganda pengurangan kadar GST.

“Ini adalah masa yang terbaik untuk memiliki Proton, terutamanya dengan GST yang berkadar sifar yang telah berkuatkuasa. Pelanggan berpotensi untuk mendapat penjimatan antara 12% – 18%, bergantung kepada model kereta, jika penjimatan tambahan daripada GST berkadar sifar turut diambil kira. Kereta kami ditawarkan pada harga yang berpatutan, dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang hebat. Persona dan Iriz mempunyai penarafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP, struktur badan HPF dengan 6 beg udara, ESC dan ciri kawalan daya tarikan. Sementara itu, Ertiga mempunyai kelebihan jimat minyak yang terbaik dalam kelasnya. Model ini mempunyai pelbagai kelebihan dan menyediakan penumpang dengan keselesaan tambahan dengan penghawa dingin di ruang belakang, tempat duduk barisan ketiga yang luas dan ruang kepala yang selesa untuk perjalanan panjang pulang ke kampung pada Hari Raya ini,” jelas Abdul Rashid Musa, Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran PROTON.

“Kami yakin para pengguna akan mendapat kepuasan yang tinggi apabila mereka memandu kereta Proton, kerana kereta kami terkenal dengan kelancaran pemanduannya, ketahanan dan pemanduan dan pengendalian yang hebat. Jadi jangan lepaskan tawaran yang hebat ini,” tambah Rashid.

Jadual di bawah merujuk kepada nilai jumlah penjimatan yang pelanggan boleh nikmati daripada promosi Duit Raya.

Model

Promosi Duit Raya, 1 Jun – 30 Jun 2018

*Penjimatan yang boleh dinikmati pada bulan ini, sehingga;

Saga

RM 3500

Iriz

RM 4000

Persona

RM 3000

Ertiga

RM 4000

*Tertakluk pada terma dan syarat, bergantung pada model dan tahun pengeluaran, *Sila rujuk pada lampiran untuk maklumat lanjut

Pemeriksaan 20-mata percuma di seluruh negara dan di stesen PETRONAS terpilih

Selain daripada promosi jualan, PROTON juga menawarkan pemeriksaan 20-mata percuma di semua cawangannya di seluruh negara, bermula dari sekarang sehingga 15 Jun 2018. Pemeriksaan percuma ini akan memastikan perjalanan yang lancar dan sambutan yang meriah tanpa kerumitan pada saat akhir.

Pemeriksaan 20-mata ini merangkumi operasi pedal brek dan klac, suis-suis, lampu dan penunjuk di dalam panel instrumen, tali pinggang keselamatan, pemeriksaan bateri, bilah pengelap cermin, minyak enjin, cecair penyejuk dan lain-lain.

Bagi mereka yang akan melakukan perjalanan pada saat-saat akhir dan ingin melakukan pemeriksaan 20-mata ke atas kereta mereka, terutamanya mereka yang akan pulang jauh menghala ke arah Utara, Selatan dan Pantai Timur, mereka juga boleh ke Stesen PETRONAS terpilih (Rujuk lampiran – jadual 2 untuk butiran lanjut), di mana pasukan perkhidmatan PROTON akan berada di sana untuk membantu anda melakukan pemeriksaan pantas yang diperlukan.

Hadiah percuma bagi servis minyak pelincir

Di samping itu, pelanggan yang menghantar kereta untuk diservis dengan menggunakan minyak pelincir Petronas Syntium SE 3000 dan Syntium SE 800 di mana-mana cawangan PROTON, masing-masingnya layak untuk mendapat payung yang ekslusif atau set pemutar skru Rolson. Tawaran ini sah sehingga 15 Jun 2018 atau sementara stok masih ada.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini! Kunjungi cawangan PROTON terdekat sekarang!

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e-mel kepada kami di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau halaman Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.

*Harga merujuk kepada Semenanjung Malaysia
*Harga jualan Nett tidak termasuk: aksesori standard, no pendaftaran kenderaan, cukai jalan, yuran pendaftaran, yuran pemilikan jual beli, insurans
*Semua harga adalah berkadar sifar GST
*Tertakluk pada terma dan syarat, bergantung pada model dan tahun pengeluaran

Model

Varian Model

Harga Jualan Nett (NSP)

Duit Raya

Harga Jualan Nett selepas Duit Raya

(RM)

(RM)

RM

RM

RM

Saga

1.3 MT Standard

33,123.87

3,500.00

29,623.87

1.3 CVT Standard

35,876.06

3,500.00

32,376.06

1.3 CVT Executive

38,628.25

3,500.00

35,128.25

1.3 CVT Premium

39,480.43

3,500.00

35,980.43

1.3 CVT Premium dengan body kit

41,261.56

3,500.00

37,761.56

Persona

1.6 MT Standard Solid

41,681.23

3,000.00

38,681.23

1.6 MT Standard Metallic

42,105.75

3,000.00

39,105.75

1.6 CVT Standard Solid

44,433.42

3,000.00

41,433.42

1.6 CVT Standard Metallic

44,857.94

3,000.00

41,857.94

1.6 CVT Executive Solid

49,937.79

3,000.00

46,937.79

1.6 CVT Executive Metallic

50,362.32

3,000.00

47,362.32

1.6 CVT Premium Solid

51,107.38

3,000.00

48,107.38

1.6 CVT Premium Metallic

51,531.91

3,000.00

48,531.91

1.6 CVT Premium Solid dengan Body Kit

52,982.85

3,000.00

49,982.85

1.6 CVT Premium Metallic dengan Body Kit

53,407.38

3,000.00

50,407.38

Iriz MC

1.3 Standard MT

39,545.64

3,500.00

36,045.64

1.3 Standard CVT

42,297.83

3,500.00

38,797.83

1.3 Executive CVT

45,967.42

4,000.00

41,967.42

1.6 Premium CVT

53,114.51

4,000.00

49,114.51

Ertiga

1.4 Executive MT

53,332.05

4,000.00

49,332.05

1.4 Executive AT

56,084.23

4,000.00

52,084.23

1.4 Executive AT PLUS

57,336.42

4,000.00

53,336.42

Stesen PETRONAS yang terlibat untuk pemeriksaan 20-mata percuma.

No

Tarikh

Stesen PETRONAS

1

12 – 13 Jun 2018 (10.00 am to 5.00pm)

PETRONAS Jertih, Lot 134 Mukin Pelagat, Kawasan Seberang Jerteh, Terengganu.

2

PETRONAS @ RZ Maju Teguh Ent. Lot PT 33762 HS(D) 3390/95 Bandar Laguna Merbuk
08000 Sungai Petani, Kedah

3

PETRONAS @ EIDAMAN BERKAT
Lot PTD 53091 HS (D) 44103 & 53092 HS (D) 44109, Bandar Baru Air Hitam,
86000 Kluang, Johor

POSTER BM

Previous post

Ketua VW Menghentikan Jualan Arteon & Passat Disebabkan Isu Diesel

Next post

Volkswagen Kemaskini Panduan Penentuan Harga Servis

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *