Sukan

Sesi Pemilihan Pelumba Mini Cub Prix Junior KBS

Bagi terus merancakkan program pembangunan sukan permotoran tanah air, penganjur Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bersama-sama pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal memperkenalkan Kejuaraan Mini Cub Prix KBS yang akan bermula September tahun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bersempena itu, satu program pemilihan pelumba untuk program biasiswa Mini Cub Prix Junior KBS bakal diadakan pada 8 Julai (Ahad) ini bermula jam 9 pagi hingga 5 petang bertempat di MAEPS, Serdang Selangor, serentak dengan perlumbaan Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

Sesi pemilihan kategori Mini Cub Prix Junior KBS terbuka kepada peserta yang lahir pada tahun 2006 (12 tahun) sahaja. Hanya 100 peserta terawal yang membuat pendaftaran layak menyertai sesi pemilihan.

Pengarah Promosi Kejuaraan Cub Prix, Ron Hogg berkata peserta perlu membuat pendaftaran awal kerana tempat adalah terhad manakala hanya 14 pelumba terbaik dari keseluruhan yang hadir menyertai sesi pemilihan akan tersenarai untuk menyertai perlumbaan sebenar yang akan bermula pada September nanti.

Peserta yang telah mendaftar dan layak untuk menyertai sesi pemilihan hanya perlu membawa sut perlumbaan lengkap manakala motosikal perlumbaan akan disediakan oleh pihak penganjur.

Bagi 14 peserta yang terpilih untuk menyertai Kejuaraan Mini Cub Prix Junior KBS, yuran penyertaan berjumlah RM500 untuk satu musim (5 pusingan) dan 10 pelumba terbaik keseluruhan bakal menerima slot automatik ke siri perlumbaan satu pengeluar (one-make race) Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia musim 2019.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi Jetlee (012-2999013) atau Reffy (017-2027737).

miniCubPrix-selection

Previous post

Jaguar Land Rover Saman Bentley Berhubung 'All Terrain Specs' Mereka

Next post

Alpina B7 Exclusive Edition Tampil Elegan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *