Cerita Auto

Range Rover Velar Talaan Mansory Lebih Menonjol

Range Rover Velar adalah antara kereta paling cantik di dunia dengan reka bentuk sempurna yang tidak perlu diubah lagi. Bagaimanapun, pemilik yang mahukan penampilan lebih menonjol dengan sentuhan unik boleh mendapatkan khidmat Mansory.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Syarikat modifikasi dari Jerman itu menawarkan pakej naik taraf yang menyeluruh untuk Velar, bermula dari komponen gentian karbon seperti spoiler depan, panel sisi, cermin sisi, spoiler dan diffuser belakang. Jeriji depan dan hud juga diperbuat dari bahan yang sama.

land-rover-range-rover-velar-by-mansory (1)

Untuk rim, Mansory menawarkan rekaan Spyder dalam saiz 22 atau 23 inci yang dibina secara tempaan supaya kekal ringan dan kukuh. Ini turut membuatkan Velar lebih responsif dalam aspek pengendalian.

land-rover-range-rover-velar-by-mansory (3)

Bahagian kabin menerima perubahan yang lebih sederhana iaitu pedal aluminium, sill pintu dan karpet dengan sulaman eksklusif. Syarikat itu turut menawarkan upholsteri kulit sepenuhnya untuk suasana lebih mewah.

land-rover-range-rover-velar-by-mansory (4)

Pelanggan yang mahukan lebih kuasa boleh mendapatkan ECU dan sistem ekzos sport yang boleh memberi peningkatkan kuasa sebanyak 45 hp. Setakat ini, varian paling berkuasa didatangkan dengan enjin 3.0 V6 yang menghasilkan 380 hp namun laporan mengatakan bahawa varian SVR dengan 5.0 V8 bakal menyusul tidak lama lagi.

land-rover-range-rover-velar-by-mansory (2)

Previous post

Bagaimana Porsche 911 GT3 RS Dibina Khusus Untuk Nürburgring

Next post

Iklan Lucu Kia K900

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *