Berita Auto

Proton Lancar Cawangan Pengedar Bertaraf 4S

Setia Gemilang Auto Sdn Bhd telah dilancarkan secara rasmi sebagai cawangan pengedar Proton bertaraf 4S pertama yang dinaik taraf dengan imej baharu yang lebih segar.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Acara pembukaan telah dirasmikan oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, dengan kehadiran Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran serta barisan pengurusan kanan Proton.

Photo 1 (1)

Dibina di atas kawasan seluas dua ekar, cawangan ini mempunyai bilik pameran yang boleh menempatkan sehingga 11 buah kenderaan, 14 ruang servis, serta 12 ruang ketuk dan cat. Bagi menjamin keselesaan pelanggan, Setia Gemilang Auto turut menyediakan ruang menunggu yang luas dan selesa serta 50 ruang parkir.

Service counter 1

“Kami menjaga keperluan pelanggan dan ingin menekankan bahawa kepuasan pelanggan tetap menjadi keutamaan kami. Yang paling penting, kami ingin menyampaikan mesej mengenai Proton yang baharu,” kata Dr Li.

Body and Paint

Proton menetapkan sasaran untuk menaik taraf 109 cawangan pengedarnya kepada 3S dan 4S menjelang Oktober tahun ini sebagai persediaan sebelum pelancaran model SUV baharunya. Setakat 31 Mei 2018, sebanyak 82 cawangan (75 peratus daripada sasaran) kini bersedia untuk dinaik taraf. Ini dicapai dalam tempoh lima bulan, dua bulan lebih awal berbanding jadual asal.

Customer lounge

Setia Gemilang Auto beralamat di Lot 7959, Jalan Batu Tiga (Off Jalan Subang), Shah Alam, Selangor.

 

Previous post

BMW M2 Dapat Sentuhan Z-Performance

Next post

Edaran Tan Chong Motor Terima 2,500 Tempahan Untuk Nissan Serena S-Hybrid

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *