Motosikal / Lain Lain Roda

Program Bakat Besi: Reka Bina Jadi Platform Pengubahsuai Motosikal

Organisasi prestasi permotoran Modenas Malaysia, R8DER telah melancarkan sebuah program pencarian bakat dalam bidang pengubahsuaian motosikal yang dikenali sebagai Bakat Besi: Reka Bina.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dilancarkan serentak dengan perlumbaan Malaysia MotoGP pada Oktober 2017 lalu, Bakat Besi: Bina Sifu yang juga merupakan rancangan siri realiti internet telah disiarkan di Youtube buat pertama kali pada 8 Jun lalu. Siri tersebut mempunyai sembilan episod dan akan menampilkan bengkel bengkel terkemuka di Malaysia yang akan bersaing dalam menghasilkan rekaan baru dan mengubahsuai prestasi motosikal.

Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori:

  • Bina Sifu – 12 bengkel dipilih untuk merealisasikan konsep rekaan dan mengubah suai prestasi tiga motosikal Modenas iaitu V15, Pulsar RS200 dan NS200. Bengkel-bengkel ini dibahagikan kepada enam pasukan, dan setiap pasukan terdiri daripada satu pereka bentuk (constructor) dan satu pengubah suai (customizer). Setiap pasukan diberi peruntukkan perbelanjaan dan penyertaan mereka akan dinilai dari segi estetik, prestasi dan nilai komersial. Pemenang akan menerima wang tunai dan hadiah bernilai lebih daripada RM60,000 dan juga peluang kontrak pengeluaran selama dua tahun.
  • Reka Sifu – Peraduan rekaan konseptual bentuk rupa dan penggayaan (pelekat). Semua peserta akan diadili oleh panel juri dan pengundian secara atas talian melalui laman R8DER. Pemenang akan menerima wang tunai dan hadiah yang bernilai RM20,000.

Photo 3

Untuk menjadikan program ini lebih menarik, setiap pasukan dipasangkan dengan mentor seperti Kiki Akhbar, Shuib Sepahtu, Pekin Ibrahim, Mark Adam, Jehan Miskin dan Rahim Sepahtu.

Program ini juga akan menampilkan tiga nama besar dalam industri permotoran sebagai juri iaitu Azmi Mansor, Ketua R&D Modenas Malaysia, Oh Kah Beng, pelumba motosikal veteran dan Scott Soul, salah seorang perintis dalam industri ini untuk menilai motosikal yang telah diubah suai.

Penilaian akhir dilakukan di bawah dua kategori; Rekaan (Inovasi, Standard Keselamatan, Kebolehpasaran dan Kos) dan Prestasi (Ujian Dyno, Ujian Lap, Perlumbaan Pecut dan penilaian peribadi oleh juri profesional).

Previous post

Perhimpunan Terbesar Rolls-Royce Hujung Minggu Ini

Next post

Boon Siew Honda Lancar CB1000R dan CB250R

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *