Berita Auto

Porsche 911 Speedster Concept Diperkenalkan

Porsche telah mendedahkan 911 Speedster Concept sebagai simbolik sambutan ulangtahun model 356 Roadster yang ke-70. Ia mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai model produksi namun itu bergantung keputusan yang akan dibuat dalam bulan-bulan mendatang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Karakteristik model konsep ini boleh dilihat menerusi bingkai cermin hadapan yang lebih pendek dan condong, sekaligus memberikan profil yang rendah seperti 356 1500 Speedster. Bahagian belakang pula menampilkan pelindung ‘double bubble’ yang diperbuat daripada gentian karbon, satu elemen tradisional yang diperkenalkan menerusi 911 Speedster dari 1988.

porsche-911-speedster-concept (3)

Seperti model asal, 911 Speedster menampilkan pelindung tonneau yang boleh dipasang pada lapan pengikat Tenax. Bahagian dalaman menampilkan tempat duduk bucket yang dilindungi upholsteri kulit dalam warna Cognac, manakala sistem navigasi, radio dan sistem pendingin hawa dibuang, sejajar dengan konsep ringan Speedster.

porsche-911-speedster-concept (2)

Menurut Porsche, kereta konsep ini menggunakan badan 911 Carrera 4 Cabriolet yang dipadankan dengan sayap, bonet hadapan dan pelindung belakang yang diperbuat daripada bahan komposit gentian karbon. Warna kelabu dan putih yang digunakan adalah penghormatan kepada jentera lumba Porsche, begitu juga dengan perincian seperti penutup tangki minyak, cermin sisi Talbot dan rekaan unik lampu utama. Bukan itu sahaja, tiang B dan bahagian belakang dihiasi dengan tulisan ‘Speedster’ yang disadur emas.

porsche-911-speedster-concept (5)

Apa yang menarik, 911 Speedster dilengkapi dengan casis 911 GT3 dan rim rekaan Fuchs bersaiz 21 inci yang pertama kali didatangkan dengan ‘centre lock’. Ia dikuasakan oleh enjin enam silinder (kemungkinan besar unit 4.0-liter daripada 911 GT3) yang menghasilkan lebih dari 500 hp dan transmisi manual enam kelajuan. Sistem ekzos titanium pastinya memberikan jentera ini ngauman yang mengujakan.

porsche-911-speedster-concept (4)

porsche-911-speedster-concept (6)

porsche-911-speedster-concept (1)

Previous post

Stelvio 100% Reka Bentuk Sporty Alfa Romeo

Next post

Macam Mana Lamborghini Ini Boleh Tergolek Dok?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *