Cerita Auto

Peugeot 508 SW Tarik Perhatian Peminat Wagon

Awal tahun ini, Peugeot memperkenalkan 508 versi sedan yang juga dilihat sebagai satu usaha untuk menarik minat pembeli yang rata-rata telah beralih ke segmen SUV. Kini, usaha pengeluar dari Perancis itu diperkuatkan lagi dengan versi wagon yang dikenali sebagai 508 SW.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Peugeot, model terbaru ini bakal membuat kemunculan di Paris Motor Show 2018 yang akan berlangsung pada bulan Oktober ini sebelum memasuki pasaran Eropah pada Januari 2019.

nuova-peugeot-508-sw (1)

Apa yang membuatkan 508 SW setanding dengan SUV dalam segmennya adalah ruang kargo sebesar 530 liter yang boleh diakses menerusi tailgate kuasa yang boleh dibuka tanpa perlu menggunakan tangan. Kapasiti ruang ini boleh meningkat sehingga 1,780 liter (berbanding 1,537 liter pada versi sedan) jika tempat duduk belakang dilipat sepenuhnya.

Seperti yang boleh dilihat, 508 SW menampilkan reka bentuk yang sama dengan versi sedan. Ia didatangkan dengan lampu utama LED yang ditemani oleh jeriji dengan elemen krom serta tulisan ‘508’ pada hud. Bahagian belakang pula dihiasi dengan kemasan hitam berkilat serta lampu LED dengan efek cakaran 3D yang sudah menjadi trademark jenama ini.

nuova-peugeot-508-sw (4)

Begitu juga dengan bahagian kabin, di mana model ini mengenengahkan i-Cockpit versi terkini yang merangkumi stereng kompak, panel instrumen digital bersaiz 12.3 inci, skrin sentuh 10 inci pada konsol tengah serta butang kawalan ala papan kekunci piano.

Di belakang, penumpang akan merasa lebih selesa dengan tempat duduk yang boleh dicondongkan sehingga 27 darjah serta penambahan sebanyak 4 cm pada ruang lega kepala. Bumbung suria panoramik turut disertakan.

nuova-peugeot-508-sw (3)

Rangkaian enjin bagi 508 SW merangkumi dua enjin petrol iaitu PureTech 180 dan PureTech 225, serta tiga enjin diesel iaitu BlueHDi 130, BlueHDi 160 dan BlueHDi 180. Semua varian didatangkan standard dengan transmisi automatik lapan kelajuan, kecuali BlueHDi 130 yang boleh didapati dengan transmisi manual enam kelajuan.

Antara teknologi bantuan pemandu yang ditawarkan termasuklah sistem Night Vision, Adaptive Cruise Control dengan fungsi Stop&Go, Full Park Assist, dan Adaptive Rear Light System.

nuova-peugeot-508-sw (2)

Previous post

Andy Murray Terima Jaguar I-PACE Semua-Elektriknya Pada Hari Alam Sekitar Sedunia

Next post

Ops Bersepadu Bersempena Aidil Fitri Bermula Hari Ini - 7 Jun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *