Cerita Auto

Pengerusi Audi Rupert Stadler Ditahan Kerana Dieselgate

Pengerusi Audi Rupert Stadler telah ditahan oleh pihak berkuasa Jerman di atas tuduhan manipulasi emisi diesel. Warga Jerman berusia 55 tahun itu, yang mengetuai Audi sejak 2010, ditahan polis Jerman Isnin pagi berikutan siasatan terhadap tuduhan penipuan dan salah kenyataan. Dia kini disoal oleh anggota pejabat pendakwa raya Munich.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Rupert Stader, yang terus menafikan salah laku dalam skandal manipulasi emisi diesel, dan ahli lembaga Audi yang lain, Bernd Martens, dinamakan sebagai suspek utama oleh pejabat pendakwa raya Munich pada 30 Mei. 

Laporan media Jerman mencadangkan keterangan yang diperoleh dari soal siasat  bekas pegawai Audi lain baru-baru ini yang menghubungkan Stadler dengan manipulasi pelepasan diesel yang mungkin sejak tahun 2012 dan seterusnya. Penahanan Stadler untuk soal siasat datang satu minggu selepas polis Jerman dan anggota pejabat pendakwa raya Munich menyerbu kediaman persendiriannya di Jerman.

(gambar di bawah adalah kawasan perkuburan kereta Audi dan Volkswagen yang telah dibeli balik dan disimpan)

 

Previous post

Volvo Tetap Sasaran Untuk Guna 25% Plastik Kitar Semula Bermula 2025

Next post

Pasukan Polis Jepun Terima Kereta Peronda Nissan GT-R

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *