Berita Auto

Pemilik Kereta Hibrid Honda Ditipu Pengedar Kereta Terpakai

Kami menerima banyak pertanyaan berkaitan nilai kereta hibrid terpakai jenama Honda yang semakin jatuh, terutamanya Insight, Civic dan CR-Z. Model-model ini mungkin telah digunakan selama lima hingga tujuh tahun dan pengedar kereta terpakai menawarkan harga yang sangat murah dengan alasan ‘kos penggantian bateri yang tinggi’. Ada di antara pemilik yang terpaksa mengalah dan melepaskan kereta mereka dengan harga yang rendah namun selepas itu pengedar-pengedar ini akan menaikkan pula harga untuk mendapatkan keuntungan lebih besar.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Melalui artikel ini kami ingin mendidik para pemilik kereta hibrid Honda supaya tidak mudah terpedaya dengan helah pengedar kereta terpakai. Kami telah mendapatkan pengesahan dari Honda Malaysia bahawa harga penggantian bateri adalah seperti berikut:

  • Insight Hybrid – RM4,000 dengan pemasangan dan jaminan bateri selama lapan tahun
  • CR-Z Hybrid – RM5,500 dengan pemasangan dan jaminan bateri selama lapan tahun
  • Civic Hybrid – RM5,500 dengan pemasangan dan jaminan bateri selama lapan tahun
  • Jazz Hybrid – RM5,500 dengan pemasangan dan jaminan bateri selama lapan tahun
  • City Hybrid – RM5,500 dengan pemasangan dan jaminan bateri selama lapan tahun

Honda CR-Z

Kami berharap dengan maklumat ini pemilik kereta hibrid Honda akan memahami nilai sebenar kereta mereka dan tidak sewenang-wenangnya menerima nilai rendah yang ditawarkan oleh pengedar kereta terpakai yang hanya ingin mengaut keuntungan dengan cepat.

Ketika ini, sebuah Jazz Hybrid yang berusia lima tahun dijual pada harga antara RM41,000 sehingga RM44,000, manakala Insight yang berusia lima tahun dijual pada harga antara RM27,000 sehingga RM29,000. CR-Z pula boleh didapati pada harga dari RM50,000 hingga RM52,000.

Berbekalkan maklumat di atas dan tinjauan pasaran menerusi portal dalam talian, anda kini boleh mendapatkan harga yang lebih baik untuk kereta hibrid terpakai anda.

Previous post

Set Koleksi Diver Dari Bell & Ross

Next post

Volkswagen I.D. R Pecah Rekod di Pikes Peak

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *