Berita Auto

Pelumba Wanita Arab Saudi Pandu Jaguar F-Type Sempena Pemansuhan Larangan Memandu

Pelumba wanita Arab Saudi, Aseel Al Hamad meraikan pengakhiran larangan memandu terhadap wanita dengan memandu sebuah Jaguar F-Type di sebuah litar di negara itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Aseel yang juga merupakan ahli lembaga wanita pertama Arab Saudi Motor Federation tidak pernah memandu di litar di negaranya sendiri sebelum ini.

Beliau menyertai Jaguar dalam usaha untuk mempromosikan 24 Jun sebagai Hari Memandu Sedunia (World Driving Day). Orang ramai boleh berkongsi detik-detik terindah mereka menggunakan #worlddrivingday.

Saudi racing driver, Aseel Al Hamad celebrates the end of the ban on women drivers and the launch of World Driving Day with a lap of honour in a Jaguar F-TYPE

Dengan mewujudkan Hari Memandu Sedunia, Jaguar mengajak menggesa orang ramai untuk mengingati hari bersejarah tersebut dan maknanya kepada wanita, Arab Saudi dan kemajuan dunia secara umum. Syarikat itu juga menjalinkan usahasama dengan lebih 40 universiti dan institusi akademik

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya dengan lebih daripada 40 universiti dan institusi akademik di seluruh dunia mengenai penyelesaian mobiliti masa depan, Jaguar juga akan bekerjasama dengan uiversiti-universiti di Arab Saudi untuk menyertai rangkaian global tersebut.

Bakal diumumkan tahun ini, kerjasama tersebut akan mengetengahkan bakat-bakat muda dari Arab Saudi untuk membentuk Jaguar ke arah masa depan ACES (Autonomous, Connected, Electrified and Shared).

 

 

Previous post

Boon Siew Honda Lancar CB1000R dan CB250R

Next post

Perodua Terima Tempahan Fleet 1,000 Unit Bagi Perkhidmatan Ride-hailing & Ride-sharing

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *