Cerita Auto

Nissan Camper Untuk Penggemar Outdoor

Acara Madrid Motor Show yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan kemunculan Nissan Camper dalam versi NV300 dan e-NV200. Kedua-duanya didatangkan dengan modifikasi pada bahagian luaran dan dalaman yang membolehkan pemandu menikmati alam semula jadi tanpa perlu meninggalkan kenderaan mereka.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Nissan, van Camper ini boleh memuatkan sehingga empat orang penumpang dengan adanya bumbung yang boleh dinaikkan. Ia juga dilengkapi dengan sebuah dapur kecil lengkap dengan meja, peti sejuk, sinki serta bekalan air dan gas memasak.

??????

Pada waktu malam, ia boleh ditukarkan menjadi bilik tidur yang selesa dengan sebuah katil di bahagian atas dan sebuah lagi di bawah. Birai tingkap dan alat pemanas memastikan penumpang mendapat privasi dan keselesaan yang secukupnya.

??????????????????????????????????????????????????????????

Versi e-NV200 dikuasakan oleh bateri berkapasiti 40 kWj dengan jarak pemanduan sekitar 200 hingga 300 km. Melainkan anda tinggal berdekatan dengan tapak perkhemahan atau mana-mana lokasi yang ingin dituju, ia mungkin kurang sesuai untuk digunakan bagi tujuan pengembaraan. NV300 dilihat sebagai kenderaan yang lebih berkemampuan untuk aktiviti luaran dengan enjin diesel turbo 1.6 liter.

??????

Bagaimanapun, kami difahamkan bahawa Nissan Camper hanya ditawarkan untuk pasaran Sepanyol.

??????????????????????????????????????????????????????????

Previous post

Bosch Mengesyorkan Pemeriksaan Pengelap Cermin Kereta Balik Kampung

Next post

The Gasket Alley Lancar Ram Jam Festival 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *