Cerita Auto

Kereta Mewah Murah Gila …… Fake News?

Dua tiga hari ini kebelakangan ini kami dibanjiri video ini dari ramai rakan, keluarga dan dan mesej grup bertanya beberapa soalan yang sama?

  1. Adakah kereta ini benar-benar kepunyaan golong politik yang ‘kalah’ tu? JAWAPAN kami. “Adakah kami ada talian terus dengan database jabatan pengangkutan jalan untuk mengesahkan nama pemilik?”.
  2. Adakah harga jualan ini benar-benar murah dan patutkah kita membelinya? JAWAPAN kami. “Semak iklan dalam talian dan anda akan dapati bahawa kereta yang serupa dijual dengan harga yang sama atau mungkin lebih murah”.
  3. Bagaimanakah keadaan kereta-kereta ini? JAWAPAN kami. “Bagaimanalah kami tahu keadaannya sedangkan kami tidak menguji pandunya, melihat di bawah hud dan memeriksa dalamannya”.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Fikir-fikirkanlah tuan2 & puan2 …… ianya hanya video 1 minit lebih yang menunjukkan beberapa kereta dalam lot kereta dengan seorang yang sedang mengujarkan harga dan sangkaan keadaannya. Dan, patutkah pengikut politik dengan wang berbeg-beg  memandu kereta mewah yang 10-15 tahun? Semua kereta dalam video ini sudah lama dan kebanyakannya tidak layak untuk pinjaman bank. Mereka hanya boleh dibeli tunai jika anda mahu.

Previous post

Tawaran Hebat 0% GST Nissan Sempena Sambutan Hari Raya

Next post

Honda Malaysia Mengesahkan Inflator Air Takata Pecah Dalam Kemalangan Maut

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *