Cerita Auto

Honda Civic Type R Mengganas di Spa-Francorchamps

Selepas menetapkan rekod di litar Magny-Cours GP di Perancis pada bulan lalu, Honda Civic Type R kini mengganas pula di litar Spa-Francorchamps di Belgium apabila mencatat masa terpantas bagi kereta pacuan roda hadapan (FWD) iaitu 2 minit 53.72 saat. Hot hatch tersebut dipandu oleh bekas juara dunia World Endurance Championship (WEC), Bertrand Baguette.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Litar Spa-Francorchamps merupakan salah satu litar paling panjang dalam kalendar perlumbaan dengan ukuran 7.004 km. Ia menampilkan beberapa laluan lurus dan selekoh berkelajuan tinggi, serta bahagian berkelajuan rendah yang lebih teknikal dan perubahan ketinggian yang ketara.

Menurut Honda, kepantasan enjin  VTEC Turbo memberikan kelebihan kepada Baguette untuk mengeksploitasi laluan lurus dan memecut keluar dari selekoh dengan mudah. Ciri aerodinamik seperti undercarriage yang licin, tirai angin hadapan, spoiler belakang dan penjana vortex turut membantu dari segi kestabilan.

honda-civic-type-r-spa-francorchamps (1)

“Bagi saya sebagai pemandu kereta lumba, ia jelas bahawa Type R dilahirkan untuk litar, tetapi ia juga selesa digunakan untuk pemanduan seharian. Apabila saya duduk di dalam kereta, ia sangat selesa dan tahap penglihatan sekeliling adalah bagus,” kata Baguette.

Ini merupakan rekod ketiga yang dicatatkan oleh Civic Type R. Pada April 2017, jentera itu diangkat sebagai jentera produksi FWD terpantas di Nurburgring dengan masa 7 minit 43.8 saat. Pada bulan lalu, pemandu WCTR iaitu Esteban Guerrieri mencatat 2 minit 1.51 saat di Magny-Cours GP.

honda-civic-type-r-spa-francorchamps (2)

Previous post

Video Pemanduan Dinamik BMW M8 Coupe

Next post

Tiada Puncak Jadi Halangan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *