Berita Auto

Edaran Tan Chong Motor Terima 2,500 Tempahan Untuk Nissan Serena S-Hybrid

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengumumkan bahawa Nissan Serena S-Hybrid serba baharu telah merekodkan tempahan sebanyak 2,500 unit sehingga 8 Jun 2018. Daripada jumlah tersebut, 757 unit telah pun didaftarkan dalam masa empat minggu selepas pelancaran rasmi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Mengulas mengenai jumlah tempahan yang memberangsangkan itu, Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, “Tempahan Nissan Serena S-Hybrid serba baharu membuktikan penerimaan yang hebat bagi model baharu daripada ETCM dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan atas sokongan mereka.

Bagi meraikan pencapaian ini, satu majlis penyerahan kunci kepada pemilik Serena S-Hybrid serba baharu iaitu Lokman Hakim Bin Mohamed Yusoff telah diadakan di ETCM Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur. Turut hadir Christopher Tan dan Naib Presiden Pemasaran dan Jualan, Asia dan Oceania, Nissan Motor Asia Pacific Co., Ltd., Vincent Wijnen.

01 All-New Serena_Key Handover

Serena S-Hybrid dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang bertujuan memberikan kemudahan kepada pemandu dan penumpang. Antaranya adalah Intelligent Around View Monitor (I-AVM), Intelligent Moving Object Detection (I-MOD), pintu gelungsur kembar berkuasa dengan pengesan kaki, pintu belakang dwi-bukaan dan tujuh port USB.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menikmati kempen ‘Tawaran Hebat 0% GST’ yang menawarkan kadar 0% GST dan rebat duit raya sepanjang bulan Jun ini. Menerusi kempen ini, Serena S-Hybrid dijual pada harga RM123,874.84 bagi varian Highway Star dan RM135,195.59 bagi Premium Highway Star.

Mereka yang berminat untuk memandu uji model ini boleh mengunjungi Karnival Pandu Uji Nissan di lokasi-lokasi berikut:

Karnival Pandu Uji Nissan 2018

 

Previous post

Proton Lancar Cawangan Pengedar Bertaraf 4S

Next post

VW Kembali Memasuki Ranking BrandZ

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *