Sukan

Aston Martin Perkenal Vantage GT3 dan GT4

Perlumbaan Le Mans 24 Jam yang ke-86 baru-baru ini menyaksikan kemunculan dua jentera lumba terbaru Aston Martin iaitu Vantage GT3 dan Vantage GT4.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti versi GTE yang diperkenalkan pada tahun lalu, kedua-duanya dibina berasaskan model produksi dan menggunakan enjin 4.0-liter V8 yang telah mendapat sentuhan Aston Martin Racing.

???????????????????????????????????

Aston Martin masih belum mendedahkan spesifikasi Vantage GT4 namun bagi Vantage GT3, ia mempunyai 535 hp dan 700 Nm yang disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear berjujukan enam kelajuan keluaran Xtrac dengan klac multi-plat motorsport Alcon.

??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Dengan berat kering 1,245 kg, jentera ini juga dilengkapi dengan casis aluminium ringan, ‘roll cage’ besi, peredam boleh laras Ohlins dan sistem brek Alcon yang dipadankan dengan ABS dari Bosch.

??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Menurut Aston Martin, Vantage GT3 dan GT4 akan terus berada dalam fasa pembangunan sehingga kedua-duanya dihomologasikan pada 1 Mac 2019. Vantage GT3 akan menggantikan jentera lumba Aston Martin paling berjaya iaitu V12 Vantage GT3 yang masih memenangi perlumbaan selepas tujuh tahun ia dilancarkan ke pasaran.

 

Previous post

Tan Chong Lancar Kempen 'Nissan Nurtures Nature'

Next post

Nissan Akan Menggunakan Keluli Terbentuk Tinggi Baharu Dalam Model Masa Depan Mereka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *