Sukan

ARRC: Azlan Kelima, Izzat Hadiahkan Podium

Selepas aksi cemerlang pada Perlumbaan 1, aksi pelumba negara sedikit tenggelam apabila hanya satu podium diraih pada hari ketiga Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia FIM di Litar Suzuka, Jepun, hari ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dalam saingan SuperSports 600cc, Azlan Shah Kamaruzaman yang memenangi Perlumbaan 1, semalam gagal meneruskan rentak apabila terpaksa berpuas hati di kedudukan kelima dengan masa keseluruhan 22’22.477s.

Perlumbaan dimenangi pelumba Australia, Anthony West (Webike Ikazuchi Racing) dengan masa keseluruhan 22’22.002s manakala Keminth Kubo (Yamaha Racing Team Asean) meraih podium pertamanya dalam kelas perdana dengan masa 22’22.379s. Rakan sepasukan Azlan, Ahmad Yudhistira lebih bernasib baik apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ketiga dengan masa keseluruhan 22’22.408s.

SS600 Podium, from left, Kubo, West and Yudhistira

Gelaran juara meletakkan West kembali ke tangga teratas dalam senarai keseluruhan dengan mengumpul 86 mata manakala Azlan jatuh ke tangga kedua dengan 74 mata. Yuki Ito (Yamaha Racing Asean) yang menamatkan saingan di tempat keempat berada di tangga ketiga dengan 68 mata.

Pelumba CKJ Yamaha Racing, Ahmad Afif Amran menctat keputusan terbaik peribadi dan juga buat barisan pelumba negara apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keempat dalam kategori Asia Production (AP250) dengan masa keseluruhan 20’02.642s.

Azlan in action

Perlumbaan dikuasai oleh duo Astra Honda Racing Team, Rheza Danica Ahrens dan Mario Suryo Aji. Rheza memenangi perlumbaan keempatnya pada musim ini dengan masa keseluruhan 19’53.378s diikuti Mario dengan masa 20’02.030s. Andy Muhammad Fadly (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) di kedudukan ketiga dengan masa 20’02.228s. Kemenangan ini meletakkan Rheza selesa mendahului kedudukan keseluruhan dengan 123 mata.

Sementara itu, Mohd Izzat Zaidi Salehan mengubat kekecewaan barisan pelumba negara apabila berjaya menghadiahkan podium setelah menamatkan perlumbaan di tangga ketiga dalam kategori Underbone 150cc.

Izzat 3rd in Ubnderbone 150cc

Peluma RCB Yamaha YY Pang Racing itu menamatkan enam pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’04.945s di belakang juara, Gupita Kresna ( Yamaha Yamalube SND Factory) dan Wahyu Aji Trilaksana (YAMAHA Racing Indonesia) sebagai naib juara.

Jumlah 16 mata yang dipungut sebagai pemenang tempat ketiga meletakkan Izzat di tangga kedua dalam senarai keseluruhan dengan mengumpul 93 mata, satu mata di belakang juara Perlumbaan 1, Mohd Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) manakala Wahyu ketiga, 72 mata.

Previous post

NISMO Akan Melancarkan GT-R NISMO GT3 2018

Next post

UMW Toyota Lancar Kempen Promosi Hari Raya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *