Cerita Auto

Alpina B7 Exclusive Edition Tampil Elegan

BMW telah memperkenalkan Alpina B7 Exclusive Edition yang ditawarkan untuk pasaran Kanada sahaja. Ia boleh didapati dalam tiga warna iaitu Frozen Black, Individual Frozen Grey dan Black Sapphire Metallic. Mereka yang berminat harus cepat kerana hanya tujuh unit akan dihasilkan bagi setiap warna.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selain dari warna eksklusif, model ini juga didatangkan dengan rim tempaan ringan 21 inci berwarna hitam berkilat. Bahagian kabin dihiasi upholsteri kulit Merino dengan jahitan kontras yang dipadankan dengan kemasan kayu Piano Black. Selain itu, juga terdapat logo Alpina pada perehat kepala dan plak yang menyatakan warna dan nombor siri.

bmw-alpina-b7-exclusive-edition

Tiada perubahan dalam aspek kuasa, di mana Alpina B7 masih lagi dikuasakan oleh enjin 4.4-liter biturbo V8 yang menghasilkan 600 hp dan 800 Nm. Dengan kotak gear automatik lapan kelajuan, sedan ini hanya memerlukan 3.7 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j.

bmw-alpina-b7-exclusive-edition (3)

bmw-alpina-b7-exclusive-edition (4)

bmw-alpina-b7-exclusive-edition (5)

bmw-alpina-b7-exclusive-edition (6)

bmw-alpina-b7-exclusive-edition (2)

 

Previous post

Sesi Pemilihan Pelumba Mini Cub Prix Junior KBS

Next post

McLaren 600LT Lebih Ringan, Lebih Berkuasa

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *