Berita Auto

3 Sebab Mengapa Kereta Moden Boleh Terbakar

Mini baharu ini terbakar di Jalan Kayu di Singapura baru-baru ini dan ramai yang tertanya-tanya mengapa ia terbakar apabila tidak ada kemalangan. Mengapakah kereta moden tiba-tiba boleh terbakar sendiri? Tiga sebab utama:

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

  1. Dapatkan aksesori aftermarket anda dari penjual / pemasang yang boleh dipercayai. Ada sebabnya mengapa pengeluar kereta dalam tempoh 10 tahun yang lalu tidak mengesyorkan aksesori aftermarket. Banyak aksesori seperti itu menarik elektrik dari pendawaian asal kenderaan yang dimaksudkan untuk kegunaan yang lain. Mereka mungkin memerlukan kapasiti fius yang berlainan atau mungkin pendawaian telah dibiarkan terdedah yang boleh menyebabkan api.
  1. Catalytic converter dalam kereta moden anda mengeluarkan banyak haba. Ini boleh mencairkan bahagian badan plastik tambahan seperti bumper atau skirt sipi dan boleh mengakibatkan kebakaran. Sekiranya terdapat isu atau mereka tidak diselenggarakan dengan betul, mereka boleh terbakar. Begitu juga … bumper dan kit badan aftermarket mungkin menambah risiko kerana walaupun mereka kelihatan mewah, ianya mungkin mengurangkan bekalan udara yang diperlukan untuk menyejukkan enjin.
  1. Petrol adalah bahan yang sangat mudah terbakar. Sekiranya ia bersentuhan dengan plastik, logam, getah atau apa sahaja, bencana akan melanda dengan cepat sekali. Pastikan tiada kebocoran dalam saluran bahan api. Jangan cuba mengisi lebih daripada apa yang mampu ditampung oleh kenderaan.

Jurutera kereta moden bertungkus-lumus untuk menyediakan sistem bunyi yang hebat dan lampu ambien dalam kabin dari kilang dan pereka kereta bangga menyediakan aerodinamik terbaik untuk kereta baharu anda sambil mengekalkan bentuk kereta baru anda. Jangan terpedaya dengan penjual  aftermarket stereo dan aksesori yang menjanjikan ‘kerja profesional’. Oh tidak. Saya sendiri pernah tertipu dengan jurujual likcik ini.

 

Previous post

Tun Dr M Umum Kemungkinan Kereta Kebangsaan Yang Baharu

Next post

Mercedes Akan Panggil Balik 774,000 Kenderaan Diesel

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *