Berita Auto

UMW Toyota Panggil Semula 1,900 Unit Alphard dan Vellfire

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan kempen panggilan semula untuk mengemaskini unit kawalan elektronik (ECU) bagi sistem brek parkir elektronik yang melibatkan kira-kira 1,900 unit Alphard dan Vellfire keluaran April 2016 hingga Februari 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Keadaan ini berlaku kerana program ECU tersebut yang tidak sesuai. Terdapat kemungkinan bahawa kekurangan voltan semasa enjin dihidupkan semula selepas melahu (idle) boleh dinilai sebagai satu keganjilan jika bateri mengalami penurunan kuasa. Jika keadaan ini berlaku, lampu amaran akan menyala dan sistem brek parkir elektronik tersebut tidak akan berfungsi.

UMWT akan memaklumkan pemilik kenderaan yang terlibat untuk mengemaskini program ECU tersebut secara percuma. Proses ini dikatakan akan mengambil masa selama satu jam.

 

Previous post

79 Cawangan PROTON Tukar Status Kepada 3S Dan 4S

Next post

Awak Mungkin Boleh Lari Tapi Awak Tak Boleh Sembunyi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *