Berita Auto

Toyota C-HR Terima Penarafan 5 Bintang ASEAN NCAP

UMW Toyota Motor mengumumkan bahawa model terbaru mereka iaitu C-HR telah mendapat penarafan lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dilancarkan di Malaysia pada bulan Mac lalu, C-HR menerima 49.72 mata bagi Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), 20.86 mata bagi Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) dan 20.73 bagi Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT), dengan markah keseluruhan sebanyak 91.31 mata.

C-HR dibina di atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA) yang juga digunakan oleh model-model baharu Toyota yang lain. Pasaran Malaysia menerima varian 1.8-liter petrol yang dipadankan dengan CVT Sequential Shiftmatic 7 kelajuan. Selain ABS dan Vehicle Stability Control (VSC), ia turut dilengkapi dengan tujuh beg udara, Traction Control (TRC), Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dan Blind Spot Monitoring System (BSM).

Pengumuman ini dibuat di pejabat Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sempena majlis pembukaan galeri baru MIROS di Kajang, Selangor.

 

Previous post

Lynk & Co - Sebuah Cawangan Moden

Next post

BMW M2 Competition Kini Dengan Aksesori M Performance

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *