Berita Auto

Raja Jalanan Alphard Dan Vellfire Lancar Kempen Servis Istimewa.

Secara peribadi, Alphard dan Vellfire adalah Raja Jalanan. Well, bukan semua, 90% jer. Kenapa? Sebab mereka semua bercermin hitam gelap. Langsung tak nampak apa yang berlaku didalam, kita tak tahu berapa orang di dalam dan jika kita di belakang mereka kita tak akan nampak apa di hadapan mereka. Susah nak potong tetapi yang paling menjengkelkan ialah mereka senantiasa di lorong laju dan engganke kiri untuk bagi saya lalu.  Heh heh heh tapi itu sayalah. Saja.

Walau bagaimana pun, berita baik untuk pemilik. UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengedar Toyota dan Lexus Malaysia, hari ini mengumumkan Special Service Campaign (SSC), Kempen Perkhidmatan Khas untuk mengemas kini sistem Electronic Control Unit (ECU) Sistem Electric Parking Brake (EPB) untuk unit tertentu Toyota Alphard dan Vellfire. UMWT meyakinkan semua bahawa keselamatan pelanggan mereka sentiasa menjadi keutamaan Toyota.

Terdapat sekitar 1,900 unit dari kedua model yang dihasilkan dari April 2016 hingga Februari 2018 dan diedarkan oleh UMWT yang terlibat dalam kempen ini.

Keadaan ini berlaku disebabkan pengaturcaraan ECU yang tidak sesuai untuk sistem brek letak kereta elektrik. Terdapat kemungkinan pengurangan voltan semasa enjin bermula semula selepas hentian idel boleh dinilai sebagai kelainan jika bateri mengalami degradasi. Sekiranya ini berlaku, lampu amaran akan menyala dan sistem EPB tidak dapat beroperasi. UMWT akan memberitahu semua pemilik kenderaan yang terlibat secara rasmi untuk mengemas kini pengaturcaraan ECU tanpa caj kepada pelanggan. Kerja itu akan mengambil masa lebih kurang sejam.

Untuk maklumat lanjut, pemilik kereta terjejas boleh menghubungi mana-mana pusat perkhidmatan Toyota yang sah atau hubungi Toyota Freephone di 1800-8-TOYOTA (869682).

Pemilik Toyota juga boleh melayari laman web Kempen Perkhidmatan Khas Toyota menerusi pautan ini: toyota.com.my untuk memeriksa sama ada kenderaan anda terlibat melalui Vehicle Identification Number (VIN) atau Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN). Bagi mereka yang telah memuat naik Toyota Drive Apps, terdapat juga pautan ke halaman SSC Toyota dan VIN Checker. Maklumat mengenai SSC penting lain juga tersedia di laman web.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

 

 

 

Previous post

Sejarah Toyota Sekarang Di Talian Dengan Percuma

Next post

McLaren Capai Pengeluaran 15,000 Unit

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *