Promosi / Tawaran / Peraduan

Promosi Raya SDAC-Ford

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia kini menawarkan promosi servis di seluruh negara untuk memberikan pelanggan perjalanan yang selamat dan lebih tenang ketika memandu pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Mulai sekarang hingga 30 Jun 2018, kempen Servis Raya Ford melibatkan pemeriksaan percuma 27-mata oleh juruteknik bertauliah Ford. Mereka akan memastikan kenderaan selamat untuk dipandu sebelum pelanggan balik ke kampung halaman masing-masing sepanjang cuti perayaan tersebut.

Photo 1 - Raya Packet

Diskaun sehingga 20 peratus ke atas minyak enjin dan alat-alat ganti terpilih juga akan diberikan. Hanya peralatan tulen daripada pengeluar (OEM) akan digunakan. Ini sekali gus memberi jaminan dari segi kualiti dan keyakinan kepada pengguna. Bukan itu sahaja, pelanggan boleh menikmati penjimatan tambahan sehingga 10 peratus ke atas kos upah apabila mengambil pakej penukaran minyak pelincir, brek dan tali sawat pemasaan.

Photo 3 - SDAC Kuching Service Bay Area

Sepanjang tempoh promosi ini, pelanggan yang berbelanja lebih RM350 di dalam satu resit di mana-mana pengedar sah Ford akan menerima cenderahati percuma. Semua pelanggan yang berkunjung ke pusat servis Ford bakal menerima sampul raya secara percuma sehingga stok masih ada.

Pelanggan boleh membuat sesi temu janji servis menerusi laman web rasmi SDAC-Ford: www.sdacford.com.my. Pelanggan juga boleh menghubungi pusat servis berhampiran untuk membuat temu janji dengan mengakses butang ‘locate a dealer’ di laman web. Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang lokasi yang diingini dan informasi berkaitan.

Photo 4 - SDAC Kuching Front (Exterior)

“Keselamatan di atas jalan raya merupakan aspek penting dalam perniagaan kami. Melalui servis Raya dan pakej penyelenggaraan kami, pelanggan boleh berasa yakin bahawa kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik untuk pulang ke kampung dengan selamat,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

“Saya ingin mengucapkan ‘Selamat Berpuasa’ kepada seluruh umat Islam. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar sentiasa berwaspada di atas jalan raya. Selain mengamalkan tabiat pemanduan berhemah sepanjang masa, terutama ketika balik kampung untuk beraya,” tambah beliau.

Bagi membolehkan interaksi dengan pelanggan dilakukan dengan lebih efektif di laman web pelbagai bahasa SDAC (www.sdacford.com.my), laman web yang dinaik taraf kini mempunyai ciri chatbot yang menawarkan sokongan dalam Bahasa Malaysia dan Cina, selain Bahasa Inggeris. Ia menjadi laman web automotif pertama yang menawarkan chatbot pelbagai bahasa demi memberi pengalaman lebih baik kepada pelanggan.

Maklumat lanjut mengenai Ford, sila layari laman web multi-bahasa SDAC di: www.sdacford.com.my

SDAC - Ford Raya Promotion (BM)

 

 

Previous post

Jimat RM39,000 Dengan Jaguar XJ BAHARU

Next post

Nissan Tawar Rebat GST dan Duit Raya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *