Berita Auto

Promosi Hari Raya Shell Helix Tawar Rebat Tunai, Percutian ke Ferrari World

Bersempena dengan kemeriahan balik kampung Hari Raya yang bakal kunjung tiba bulan Mei ini, Shell Helix mengumumkan promosi khas bagi menggalakkan pemilik kenderaan servis kereta mereka menjelang musim perayaan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Promosi Hari Raya Shell Helix, yang berlangsung dari 15 Mei hingga 15 Julai 2018,  menawarkan rebat tunai bagi pakej servis tukar minyak seperti berikut:

  • Jimat RM30 dengan Shell Helix Ultra (4L);
  • Jimat RM20dengan Shell Helix HX7 atau High Mileage (4L/6L);
  • Jimat RM10 dengan Shell Helix HX5 (3L/4L).

Tawaran ini boleh didapati di bengkel berjenama Shell Helix, bengkel persendirian, pusat servis rasmi dan juga di Kedai Rasmi Shell Malaysia Dalam Talian baharu melalui platform Shopee.

Di samping itu, pelanggan yang membeli mana-mana pakej promosi tukar minyak bakal menerima e-baucar Shopee bernilai RM10 dan secara automatik layak menyertai Peraduan Shell Helix Ferrari World Abu Dhabi, yang mana empat pemenang bertuah Hadiah Utama dapat menikmati keseronokan di Ferrari World Abu Dhabi dan memandu kereta Ferrari di Litar F1 Yas Marina.

Mereka yang membeli mana-mana pek isian 4 liter Shell Helix Ultra, HX7, High Mileage atau HX5 dari mana-mana stesen runcit Shell atau perkhidmatan Lubebay juga akan menerima e-baucar Shopee bernilai RM10.

Shell Malaysia juga mengumumkan pelancaran varian baharu minyak Shell Helix yang paling laris bagi kenderaan berpenumpang, iaitu Shell Helix Ultra 5W-30.

New Shell Helix Ultra 5W 30

Berharga RM277.60 (termasuk GST) bagi pek 4 liter, minyak enjin sintetik penuh Shell Helix Ultra 5W-30 ini mempunyai kelikatan yang lebih halus dengan spesifikasi API SN/ILSAC GF-5. Dengan adanya Teknologi Pembersihan Aktif dan Teknologi PurePlus hak milik Shell, produk ini membantu anda:

  • Memastikan enjin sentiasa bersih dengan menanggalkan minyak tercemar yang terlekat disebabkan oleh minyak yang kurang berkualiti dan mencegah sebarang enapan daripada bertimbun;
  • Memastikan perlindungan haus terunggul dengan mencegah enapan omboh, sehingga 65% lebih baik daripada piawaian industri[1] ;
  • Mencegah kemerosotan minyak dengan ketahanan yang lebih tinggi daripada kerosakan kimia; dan
  • Menyediakan bahan bakar ekonomi yang lebih baik dengan menggunakan minyak kelikatan rendah bagi mengurangkan geseran dan menepati ekonomi bahan bakar ILSAC CF-5.

“Dalam Shell Helix Ultra 5W-30 baharu dengan spesifikasi SN, produk kami menawarkan keseimbangan ekonomi bahan bakar, perlindungan enjin dan kebolehpercayaan, ini sinonim dengan jenama Shell Helix. Produk ini sesuai bagi kebanyakan kereta moden daripada yang bekompak kecil hinggalah sedan bersegmen D besar malahan kereta berprestasi,” katanya.

Produk ini boleh didapati di semua pengedar berdaftar Shell dan stesen runcit Shell. Pelanggan yang membeli produk ini dari Shopee, rakan e-dagang Shell Malaysia yang terkini, dapat menikmati harga rendah istimewa yang eksklusif bagi tempoh yang terhad. Untuk maklumat terperinci sila layari www.shopee.com.my/shell.official.store.

Previous post

Subaru Perkenal WRX dan WRX STI 2019

Next post

Tiada SST & GST dari 1 Jun 2018 ...... Kenyataan Rasmi Dikeluarkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *