Berita Auto

Porsche Perkenal Cayenne E-Hybrid Baharu

Seperti yang dijangka, Porsche memperkembangkan lagi barisan model Cayenne dengan pelancaran varian E-Hybrid baharu. Model ini menggunakan powertrain hibrid terkini yang merangkumi enjin 3.0-liter V6 yang menghasilkan 335 hp dan 450 Nm serta sebuah motor elektrik yang menjana 134 hp dan 400 Nm.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Gabungan kedua-dua sumber kuasa ini memberikan kuasa keseluruhan sebanyak 455 hp dari 5,250 hingga 6,400 rpm dan 700 Nm dari 1,000 hingga 3,750 rpm. Ini membolehkan Cayenne E-Hybrid melakukan pecutan 0-96 km/j dalam 4.7 saat dan mencapai kelajuan maksimum 253 km/j.

low_cayenne_e_hybrid_2018_porsche_ag

Kenderaan ini menggunakan modul hibrid baharu yang diletakkan di antara enjin dan transmisi automatik Tiptronic S lapan kelajuan. Ia terdiri daripada sebuah motor elektrik dan klac pemisah yang dioperasikan secara elektromekanikal untuk tindak balas yang lebih cepat. Transmisi tersebut juga dikatakan lebih pantas dan lancar berbanding sebelum ini.

Cayenne E-Hybrid didatangkan standard dengan pacuan semua roda dan Porsche Traction Management yang menawarkan beberapa mod pemanduan termasuk Sport dan Sport Plus. Ia juga mempunyai mod hibrid yang spesifik iaitu E-Power, Hybrid Auto, E-Hold dan E-Charge. Mod E-Power membolehkan SUV ini dipandu sejauh 44 km dengan kelajuan maksimum 135 km/j dengan hanya kuasa elektrik.

low_cayenne_e_hybrid_2018_porsche_ag (2)

Kuasa elektrik yang terhasil disimpan di dalam pek bateri berkapasiti 14.1 kWj yang diletakkan di bawah lantai ruang penyimpanan di belakang. Ia boleh dicaj sepenuhnya dalam masa 7.8 jam menerusi pengecas 3.6 kW atau 2.3 jam dengan menggunakan pengecas 7.2 kW yang ditawarkan secara pilihan.

Pemandu boleh mengawal proses pengecasan dengan menggunakan Porsche Communication Management (PCM) di dalam kereta atau menerusi aplikasi telefon pintar Porsche Connect. Menerusi aplikasi ini juga, pemandu boleh mengawal sistem pendingin hawa kenderaan.

low_cayenne_e_hybrid_2018_porsche_ag (3)

Model ini boleh didapati dengan sistem bantuan pemandu Porsche InnoDrive yang menggunakan sensor serta data daripada peta untuk merancang penggunaan enjin dan kuasa elektrik yang seimbang berdasarkan keadaan jalan raya. Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan pemanas cermin hadapan, kerusi dengan fungsi urut, paparan head-up serta rim 22 inci.

Previous post

Naza Automall Kini Dengan Lebih Banyak Jenama Automotif

Next post

Mitsubishi Kini Mempunyai Unit Servis Bergerak di Kuching

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *