Berita Auto

Perodua Serah Lebih 38,000 Unit Daripada 70,000 Tempahan

Perodua telah mengumumkan bahawa ia telah menyerahkan lebih 38,000 unit setakat minggu ketiga bulan lalu daripada 70,000 tempahan yang diterima dari 8 November 2017 hingga 30 April 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Pencapaian ini amat bermakna bagi kami kerana Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengumumkan bahawa Perodua telah mencapai penguasaan pasaran 41.5% pada bulan Mac lalu,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin.

Menurut angka MAA, bermula Januari sehingga Mac, Perodua menjual 55,568 kenderaan berbanding 135,140 unit jumlah keseluruhan industri (TIV), membawa lebih 41% bahagian pasaran untuk suku pertama tahun 2018.

Pencapaian ini merupakan peningkatan lebih daripada 10.5% berbanding 50,260 unit yang didaftarkan pada suku pertama tahun 2017, menjadikannya rekod suku pertama bagi Perodua dari segi jualan.

Jualan 55,560 unit tersebut terdiri daripada 24,473 Myvi, 14,962 Axia, 10,101 Bezza dan 6,032 Alza. Sebanyak 18% daripada semua kenderaan baharu yang didaftarkan di Malaysia pada suku pertama 2018 adalah model Myvi.

Perodua Myvi

Mengenai penghantaran, Dato’ Dr Zahari berkata Perodua sedang berusaha meningkatkan kecekapan operasinya bagi memastikan penghantaran dapat dibuat dalam masa yang terdekat.

Beliau berkata tempoh menunggu semasa untuk varian Myvi 1.5L adalah di bawah tiga bulan. Walau bagaimanapun bagi varian 1.3L, ianya boleh dihantar dengan segera buat masa ini.

Myvi generasi ketiga adalah model paling canggih dalam sejarah 25 tahun Perodua, yang menampilkan inovasi Malaysia seperti pembaca kad tol bina dalam dan penghawa dingin digital dengan memori.

Myvi juga mempunyai penarafan keselamatan penuh ASEAN NCAP 5 bintang berdasarkan protokol terkini dan merupakan kereta yang paling mampu milik di Malaysia dengan fungsi keselamatan aktif iaitu sistem Advanced Safety Assist (ASA).

Previous post

Jualan Ford Ranger Meningkat 9 Peratus

Next post

RECALL untuk BMW 1 Series, 3 Series, X1 & Z4 Tahun 2009 dan 2011 di UK ......... Malaysia?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *