Promosi / Tawaran / Peraduan

Masa Terbaik Untuk Mendapatkan Sebuah PROTON? Sekarang!

Berikutan dengan pengumuman oleh Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berkadar sifar berkuatkuasa pada 1 Jun 2018, pembeli kereta akan menikmati pengecualian cukai beserta penjimatan hebat pada harga kereta. Pelanggan PROTON kini berpeluang untuk mendapatkan lebih penjimatan kerana Syarikat kini sedang berusaha untuk meningkatkan nilai tambahan kepada pelanggan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kini dengan harga lebih rendah

Meskipun GST berkadar sifar hanya akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2018, pembeli-pembeli kereta Proton kini boleh menikmati harga rendah secara serta-merta. Walaupun harga yang ditawarkan kekal sama sehingga tarikh GST berkadar sifar dilaksanakan, semua pelanggan akan ditawarkan pilihan antara rebat tunai segera atau baucar servis yang mempunyai nilai bersamaan kepada perbezaan antara harga kereta semasa dan akan datang, berkuatkuasa Jun.

Meningkatkan nilai

Selain daripada potensi penjimatan yang ditawarkan kepada pelanggan PROTON, terdapat juga inisiatif jualan yang menarik bagi bulan Mei yang akan memudahkan mereka memiliki kereta Proton. Promosi Kosong-kosong menawarkan pembeli Proton Iriz (varian Eksekutif dan Premium), Proton Ertiga (semua varian) dan Proton Exora (semua varian) yang mendaftar dengan Hong Leong Bank pembiayaan tanpa faedah untuk tahun pertama*. Pelanggan yang memilih untuk membeli Proton Saga atau Proton Persona pula akan menerima ansuran tiga bulan percuma jika mereka membiayai kereta baharu mereka melalui PROTON Commerce*.

Bagi yang menyukai Proton Suprima S pula, mereka akan menikmati diskaun tunai hebat sehingga RM15,172, tambahan nilai kepada harga GST bernilai sifar untuk kereta-kereta ini.

Diskaun 6% untuk khidmat selepas jualan

Tawaran GST yang berkadar sifar juga akan diberikan untuk perkhidmatan di semua pusat servis PROTON yang diiktiraf di mana diskaun 6% (untuk kos pekerja dan alat ganti penyenggaraan berkala sahaja) ditawarkan kepada semua pemilik yang menghantar kereta mereka untuk penyenggaraan berkala.

Untuk maklumat lanjut bagi tawaran-tawaran ini, sila kunjungi bilik pameran PROTON yang terdekat atau hubungi talian khidmat Pelanggan di 1-800-88-8398 atau e-mel customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau halaman Facebook rasmi di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.

May Campaign

*tertakluk pada terma dan syarat

Screen Shot 2018-05-23 at 2.53.08 AM

Screen Shot 2018-05-23 at 2.53.25 AM


* Jumlah nilai penjimatan akhir adalah tertakluk kepada pilihan promosi.

* Jumlah rebat akhir GST mungkin berbeza-beza apabila jumlah promosi akhir berubah * Ansuran berkadar sifar – untuk tiga bulan pertama sahaja

* Sewa beli tanpa faedah – untuk tahun pertama sahaja

* Suprima S – untuk model 2017 sahaja

* Tertakluk pada terma dan syarat

PROTON NEW LOGO

 

Previous post

Nissan Tawar Rebat GST dan Duit Raya

Next post

Goodyear Malaysia Akan Anjurkan Battle of the Clubs 2018

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *