Motosikal / Lain Lain Roda

Honda EX5 Kini Dengan Pilihan Warna Baharu

Boon Siew Honda telah memperkenalkan penampilan baharu bagi model cub lagenda iaitu EX5 yang kini boleh didapati dalam empat pilihan warna iaitu Pearl Magellanic Black, Pearl Nightfall Blue, Candy Scintillated Red serta Space Magenta Metallic.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Imej retro model ini diserlahkan lagi menerusi jalur pada penghadang angin dan kemasan krom pada lambang, pemegang belakangnya dan pelindung ekzos.

Grafik sisi & Logo emblem

Seperti sebelum ini, EX5 menampilkan enjin 109.1 cc silinder tunggal dengan penyejukan udara. Dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI, enjin tersebut menghasilkan 8.35 hp pada 7,500 rpm dan 8.4 Nm pada 6,000 rpm.

Pemegang Belakang krom & Grafik Jalur Retro

Berikut adalah senarai harga EX5 mengikut warna dan spesifikasi:

Honda EX5 price list

EX5 merupakan model Honda paling popular di negara ini dengan jualan melebihi 2 juta unit sejak ia dilancarkan pada tahun 1987. Boon Siew Honda percaya versi terbaru ini akan dapat menarik kumpulan pelanggan baru terutama golongan muda.

Cast-Space Magenta Metallic

Spoke-Pearl Magellanic Black

Cast-Candy Scintillated Red

Previous post

Kilang Kereta Mercedes-Benz di Eropah Akan Menjadi Mesra Alam

Next post

Volkswagen Golf GTI TCR Diperkenalkan di Wörthersee

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *