Cerita Auto

Ford Mustang Coupe Sport Paling Laris di Dunia Untuk Tiga Tahun Berturut-turut

Permintaan global terhadap Ford Mustang yang diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2016 telah memacu Mustang untuk menjadi coupe sport yang paling laris di dunia bagi tiga tahun berturut-turut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut analisis Ford yang berdasarkan data pendaftaran kenderaan ringan baharu daripada HIS Markit, sebanyak 125,809 unit Mustang telah didaftarkan di seluruh dunia pada tahun 2017. Data yang dikumpul dari kerajaan dan sumber-sumber lain itu telah merekodkan 95 peratus jumlah kenderaan baharu di peringkat global di lebih 80 buah negara – angka itu meletakkan Mustang berada di hadapan berbanding mana-mana model coupe sport lain di seluruh dunia.

RXV01321

“Dunia telah jatuh cinta dengan Mustang,” kata Penganalisis Jualan Ford, Erich Merkle. “Mustang mewakili reka bentuk, prestasi dan kebebasan terbaik Amerika, bersama personaliti yang menawan tanpa mengira di mana anda tinggal.”

RXV01324

Daripada hampir 126,000 Mustang yang didaftarkan di seluruh dunia, Ford melaporkan bahawa 81,866 unit didaftarkan di Amerika Syarikat. Ini bermakna lebih satu pertiga pendaftaran Mustang adalah di pasaran-pasaran eksport. Permintaan dilihat terus kukuh di China, di mana Mustang menjadi model coupe sport yang paling laris tahun lalu dengan 7,125 pendaftaran.  RXV01290

Konfigurasi paling popular di seluruh dunia ialah Mustang GT dengan enjin 5.0-liter V8.

Ketika kereta sport biasanya diminati oleh pembeli lelaki di Amerika Syarikat, Mustang nampaknya semakin diminati oleh kaum wanita. Dalam persekitaran di mana jualan kereta sport dalam kalangan wanita dilihat mendatar, kajian Ford menunjukkan peningkatan sebanyak 10 peratus wanita membeli Mustang dalam lima tahun lalu.

RXV01292

Sejak eksport global dimulakan pada tahun 2015, Ford telah menjual 418,000 unit Mustang di seluruh dunia sehingga Disember 2017.

IHS Markit mendefinisikan coupe sport sebagai model dua pintu dan convertible.

RXV01315

Rakyat Malaysia yang berminat memiliki coupe paling laris di dunia ini boleh menghubungi 012-3333873 untuk maklumat lanjut.

RXV01325

Previous post

Sistem Infotainment Volvo Akan Tampil Dengan Perkhidmatan Google

Next post

Volkswagen Rancang Logo Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *