Berita Auto

Dapatkan Pemeriksaan Kenderaan Percuma di PUSPAKOM

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, PUSPAKOM akan menganjurkan Kempen ’#drivesafenoregrets Pemeriksaan Kenderaan Sukarela’ percuma bagi pemilik kenderaan persendirian mulai 1 hingga 11 Jun 2018, dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di semua cawangan PUSPAKOM di seluruh negara, kecuali di cawangan Shah Alam, Perai, Langkawi, Pasir Gudang dan Lahad Datu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Shukor Ismail, statistik menunjukkan kempen pemeriksaan percuma sempena musim perayaan pada 2017 mencatat hampir 3,000 buah kenderaan persendirian, iaitu peningkatan sebanyak 240% berbanding hanya 828 buah kenderaan pada 2012.

Pelanggan yang hadir menjalani pemeriksaan percuma ini akan diberi keutamaan, tanpa perlu menunggu dan membuat sebarang temujanji, serta tidak memerlukan sebarang dokumen.

Gambar 2-4

Pemeriksaan kenderaan sukarela ini merangkumi pemeriksaan 25 perkara termasuk ujian pengeluaran asap, suspensi, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, brek dan ketelusan cahaya cermin. Laporan pemeriksaan akan diserahkan kepada pelanggan sejurus selesai pemeriksaan dan boleh dijadikan sebagai rujukan bagi memudahkan pelanggan membuat penyelenggaraan dan pembaikan selanjutnya terhadap kenderaan mereka.

“Unit Pemeriksaan Bergerak kami juga akan menawarkan pemeriksaan percuma di parkir Tesco Shah Alam, Seksyen 13 dan di kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 3 dan 6 Jun 2018 dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Kami berharap agar lebih ramai pemilik kenderaan persendirian akan mengambil peluang ini untuk memeriksa kenderaan mereka sempena kempen tersebut” ujar Shukor.

Gambar 3-4

Sempena kempen ini, PUSPAKOM juga menganjurkan pertandingan Instagram ‘Snap & Win’, di mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditawarkan. Pelanggan hanya perlu menjalani pemeriksaan percuma ini dan memuat naik gambar di instagram rasmi PUSPAKOM, “puspakom_ontheroad” dengan hashtag #drivesafenoregrets atau #puspakom_ontheroad. Gambar yang diadili sebagai paling kreatif akan memenangi hadiah.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen pemeriksaan percuma #drivesafenoregrets ini, para pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol PUSPAKOM 1-800-88-6927 atau layari laman sesawang PUSPAKOM di www.puspakom.com.my atau laman rasmi Facebook PUSPAKOM.

??????

Previous post

Hong Leong Yamaha Motor Kemaskini Senarai Harga Motosikal

Next post

Satu Lagi Edisi Landmark Dari Land Rover

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *