Berita Auto

Crossover Renault Captur Kini Ditawarkan Dalam Rangkaian Gocar

TCEC, pemegang francias tunggal kenderaan Renault di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia akan menyediakan 150 unit crossover kompak Renault Captur yang bergaya dan versatil kepada GoCar, peneraju platform perkongsian kereta berdasarkan permintaan di Malaysia. Ini sekali gus menjadikan kenderaan GoCar kini berjumlah 450 unit di atas jalan raya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kerjasama tersebut diumumkan dalam satu acara penyerahan di ibu pejabat TCEC di Petaling Jaya yang menyaksikan 50 unit pertama Renault Captur diserahkan kepada GoCar. Baki 100 unit lagi akan diserahkan secara berperingkat dalam beberapa bulan akan datang.

Renault Captur ialah crossover paling laris dalam segmennya di Eropah. Gayaan luaran yang segar, enjin pengecas turbo penuh kuasa, penjimatan bahan api mengagumkan, penarafan keselamatan terbaik dan pakej penyelenggaraan yang mampu milik menjadikannya penambahan ideal buat rangkaian kenderaan GoCar.

Stylish and versatile Renault Captur crossover adds French Flair to GoCar fleet

“Renault Captur yang bergaya dan sporty merupakan pilihan terbaik untuk ahli-ahli GoCar. Rekaan luaran tersendiri dengan warna dua tona yang bergaya menyerlahkan ciri kereta Perancis ke dalam rangkaian kenderaan kami. Sementara senarai peralatan dan ciri terbaik yang ada padanya menawarkan prestasi pemanduan menyeronokkan, selain menawarkan ciri keselamatan yang komprehensif,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Mobility Sdn. Bhd., Alan Cheah.

Menerusi perkhidmatan perkongsian GoCar, Renault Captur ditawarkan pada kadar RM18.90 sejam, RM189 sehari, RM1,323 seminggu atau RM5,670 sebulan. Untuk mengakses perkhidmatan ini, anda hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih GoCar dan daftar sebagai ahli. Selepas menerima pengesahan, ahli-ahli boleh membuat tempahan dengan mudah, selain mengunci, membuka dan menghidupkan Captur menggunakan aplikasi mudah alih GoCar. Lanjutan tempahan juga boleh dibuat dengan mudah menerusi aplikasi tersebut.

“Renault Captur menjadi bukti pengetahuan dan kepakaran Renault selama 120 tahun yang merangkumi inovasi dalam aspek enjin pengecas turbo dan penjimatan bahan api mengagumkan. Melalui kolaborasi dengan GoCar, kami harap dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia merasai pengalaman memandu crossover yang menjadi peneraju segmennya di Eropah selama bertahun-tahun lamanya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn. Bhd., Kuan Kim Luen.

Dikuasakan oleh enjin pengecas turbo TCe 120 Renault yang dipadankan dengan transmisi Efficient Dual Clutch (EDC) enam kelajuan, Captur yang menerima pengiktirafan EEV mampu menawarkan prestasi dan pecutan seperti enjin aspirasi biasa bersesaran 1.8L. Di samping penjimatan bahan api yang mengagumkan dan rendah emisi.

Sempena penyertaan Renault Captur ke dalam rangkaian kenderaannya, GoCar menawarkan rakyat Malaysia peluang untuk #TakeCaptur mulai sekarang sehingga 31 Disember 2018. Sah untuk ahli sahaja, promosi itu menawarkan diskaun sebanyak RM30 dengan tempahan minimum 10 jam Captur menerusi kod promo khas ‘GOCARCAPTUR’.

The full line-up of Renault Captur variants joining the GoCar fleet

Previous post

Harga Baharu Maxus G10 dan V80 Tanpa GST

Next post

SPAD telah DiBubarkan Dan 1,000 Pekerja Risau

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *