Berita Auto

BMW M850i xDrive Akan Tampil Dengan 530 HP, 750 Nm

BMW telah mendedahkan maklumat awal mengenai model M850i xDrive yang akan didedahkan sepenuhnya tidak lama lagi. Menurut syarikat itu, model tersebut telah pun menjalani peringkat ujian terakhir yang diadakan di Wales.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pertama sekali, M850i akan menggunakan enjin V8 (sesaran tidak didedahkan) yang dipadankan dengan kotak gear Steptronic lapan kelajuan. Walaupun mempunyai berat yang sama dengan enjin terdahulu, unit baharu ini menjana 530 hp dan 750 Nm, mewakili peningkatan sebanyak 68 hp dan 100 Nm.

Selain sistem pacuan semua roda xDrive, jentera coupe ini turut didatangkan dengan ‘rear axle locking’ yang bertujuan untuk membahagikan kuasa pada gandar belakang untuk pemanduan lebih stabil. Sistem ekzos sport yang dibangunkan khas untuk model ini pula memberikan bunyi yang lebih menarik.

bmw-m850i-xdrive-prototype (1)

Ketangkasan M850i dibantu dengan ciri Integral Active Steering dan Active Roll Stability, manakala peredam yang dikawal secara elektronik memberikan kestabilan dan memastikan tayar sentiasa menyentuh permukaan walaupun ia dipandu di atas jalan yang tidak rata.

Jon Van As, ketua Aplikasi Suspensi bagi projek ini juga mengesahkan bahawa M850i akan menggunakan tayar dengan saiz yang berbeza di hadapan dan belakang. Ditambah dengan nilai camber yang lebih tinggi dan sistem elastokinematic yang dipertingkatkan, model ini mampu untuk mengambil selekoh pada kelajuan tinggi dengan sistem DSC aktif.

 

Previous post

Land Rover Sambut Ulang Tahun ke-70 Dengan Siaran Global

Next post

Tesla Tunjukkan Semua Ciri Model 3 Mereka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *