Berita Auto

BMW Group Malaysia, Sime Darby Auto Engineering (SDAE) Rasmi Pembukaan Fasiliti Pemasangan Enjin di Kulim

BMW Group Malaysia dan Sime Darby Auto Engineering (SDAE), iaitu divisyen Sime Darby Motors telah melancarkan pembukaan Fasiliti Pemasangan Enjin SDAE di Kulim, Kedah pada hari ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dibangunkan di kawasan seluas 6 ekar dengan ruangan mencecah 8,500 meter persegi dan dengan jumlah pelaburan melebihi RM132 juta daripada SDAE, fasiliti ini akan memberi sokongan terhadap perkembangan permintaan oleh BMW Group Malaysia untuk kenderaan yang dipasang di dalam negara. Ia juga akan membantu inisiatif pengeksportan pengeluar kenderaan premium ini ke pasaran serantau.

The New Sime Darby Auto Engineering Engine Assembly Facility (7)

Fasiliti tersebut dilengkapi dengan peralatan pemasangan EST, kelengkapan Teknologi Dosing dan Bonding (DoboTech), pengukiran enjin, pengisian minyak enjin serta mesin ujian untuk pampasan injap hidraulik, ujian kebocoran, serta ujian kepanasan dan kesejukan. Ia mengambil seramai 60 pekerja tambahan yang menunjukkan komitmen peningkatan peluang pekerjaan dan prospek kerjaya dalam pasaran pekerjaan tempatan di kawasan Teknologi Tinggi Kulim.

The New Sime Darby Auto Engineering Engine Assembly Facility (5)

Ilka Horstmeier, Timbalan Presiden Kanan, Enjin Produksi dan Powertrains Elektrik, BMW Group mengujarkan, “Kerjasama utuh yang dijalin dengan rakan niaga kami membuahkan hasil melalui pemasangan enjin 3- dan 4-silinder, di samping enjin diesel 4-silinder, serta enjin pembakaran 3- dan 4-silinder untuk kenderaan elektrik Plug-In Hybrid.”

Previous post

Brabham BT62 Sedia Bersaing Dengan McLaren Senna

Next post

Jualan Ford Ranger Meningkat 9 Peratus

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *