Cerita Auto

Aston Martin V12 Vantage V600 Mempunyai 600 hp dan Transmisi Manual

Aston Martin mengumumkan bahawa ia akan menawarkan model edisi terhad V12 Vantage V600 sebagai tanda selamat tinggal kepada kepada model tersebut yang telah digantikan dengan versi terbaru.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ini merupakan kali kedua Aston Martin memperkenalkan varian V600 selepas versi asal pada tahun 1998 yang mempunyai enjin V8 supercharge yang menghasilkan 600 hp.

Versi terbaru ini pula dikuasakan oleh enjin 6.0-liter V12 ‘naturally aspirated’ yang menghasilkan 600 hp, lebih tinggi berbanding model V12 Vantage AMR. Ia dipadankan dengan kotak gear manual tujuh kelajuan, berserta suspensi jenis wishbone pada bahagian depan dan belakang dengan redaman adaptif tiga peringkat.

aston-martin-v12-vantage-v600 (1)

Dari segi penampilan, V12 Vantage V600 menggunakan panel gentian karbon serta hud hadapan yang berbonjol, manakala diffuser gentian karbon pada bahagian belakang menjadi rumah kepada empat muncung ekzos. Ia juga memakai rim aluminium yang direka khas dengan kunci tengah. Bahagian kabin juga menampilkan tema gentian karbon dan aluminium.

Aston Martin akan menawarkan 14 unit V600, tujuh dalam versi coupe dan selebihnya dalam versi roadster. Penghantaran akan bermula pada suku ketiga tahun ini.

aston-martin-v12-vantage-v600 (2)

 

Previous post

Cerita Yang Akan Mengilhamkan Anda Memulakan Pengembaraan Anda Sendiri Dengan Land Rover

Next post

Jaguar Sediakan 2 Teksi Berprestasi Tinggi di Nurburgring

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *