Promosi / Tawaran / Peraduan

79 Cawangan PROTON Tukar Status Kepada 3S Dan 4S

PROTON telah mengadakan satu lagi majlis menandatangani perjanjian bersama pengedar dan kali ini seramai 12 orang pengedar sedia ada dan 3 pengedar baharu telah hadir di majlis ini.

Majlis menandatangani perjanjian menaik taraf rangkaian pengedar sedia ada dan baharu ini telah diadakan di Pusat Kecemerlangan PROTON. Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran telah mewakili PROTON untuk menandatangani perjanjian bersama para pengedar yang terlibat.

Turut serta dalam majlis ialah Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dan barisan pengurusan kanan PROTON.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dalam masa kurang daripada lima bulan, PROTON telah mencapai sasaran bagi 2018 iaitu sebanyak 72% telah bertukar status cawangan kepada 3S and 4S

Berada pada landasan yang kukuh, PROTON kini mencapai sasarannya untuk mewujudkan sebanyak 109 cawangan 3S dan 4S pada akhir Oktober 2018, dan Syarikat bakal mencapai sasarannya lebih awal daripada jangkaan.

“Dalam masa kurang daripada lima bulan iaitu dari Januari hingga 18 Mei tahun ini, kami berjaya menukar 79 status cawangan kepada 3S dan 4S, iaitu pencapaian kira-kira 72% daripada jumlah sasaran bagi tahun ini. Ini merupakan berita baik untuk Syarikat, dan dengan penaiktarafan yang dilakukan ini, kami yakin bahawa kami berada di landasan yang mantap untuk menyediakan perkhidmatan kelas dunia dari segi pengalaman jualan dan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan kami,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Li turut menyatakan, “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pelabur-pelabur baharu yang menyertai kami sebagai pengedar PROTON. Kami berusaha melakukan perancangan yang terbaik untuk masa hadapan PROTON dan merasa terharu di atas sokongan daripada pelabur-pelabur baharu, yang berani menyahut cabaran menjadi pengedar PROTON. Hanya satu sebab yang mendorong kepada perkara ini iaitu jenama kami masih mempunyai pengaruh yang kuat di pasaran dan kerana ini, ramai pelabur yang tidak ragu-ragu untuk menjadi pengedar. Terima kasih kerana kepercayaan yang diberikan. Kini, kita semua akan maju kehadapan dan menjadi penggerak nadi jenama ini”.

Membina impian bersama – Pengedar sedia ada digalakkan untuk menaiktaraf

PROTON sentiasa bersemangat dengan cita-citanya untuk berkongsi perkembangan, teknologi dan kemajuan yang akan memberikan faedah kepada semua dan ini termasuklah peluang untuk para pengedar berkembang maju pada masa hadapan bersama PROTON.

“Tidak kira di mana juga, setiap perniagaan akan memberikan tumpuan kepada kepuasan pelanggan untuk memastikan kemampanan perniagaan, dan PROTON pastinya menjana momentum untuk meraih ganjaran di masa hadapan dari rancangan-rancangan yang telah dirancang. Atas sebab ini, saya menggalakkan para pengedar untuk menaik taraf cawangan mereka kepada 3S dan 4S supaya kita semua boleh memajukan perniagaan dan mendapat faedah berterusan daripadanya,” tegas Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran PROTON.

Kenyataan tersebut disokong oleh pengedar-pengedar PROTON.

Seorang pengedar PROTON selama 15 tahun, Sobri Mustafa dari Top Zone Auto Gallery Sdn Bhd yang membuat keputusan untuk menaik taraf cawangannya kepada 3S berkata, “Rahsia sesebuah kejayaan adalah keupayaan membuat pelanggan gembira dan berpuas hati untuk kedua-dua jualan dan servis selepas jualan. Selain itu, melalui perkongsian Syarikat bersama Geely, kami kini boleh bersaing dengan jenama dari Jepun dan Korea kerana berkemampuan dari segi kepesatan teknologi, reka bentuk yang menarik, keselesaan, terutama dari segi kualiti di mana kita dapat melihat terdapat penambahbaikan dalam kereta kita sekarang,” Jelas Sobri penuh bersemangat.

Bagi Datin Fauziah Ahmad, dari Pengangkutan Sedar Sdn Bhd, beliau berkata, “Sejujurnya, kami telah menjalankan inisiatif kami sendiri untuk menaik taraf dari sebuah lot kedai ke sebuah bangunan sendiri sejak dua tahun lalu. Kini, kita perlu menaiktaraf untuk berada setanding dengan keperluan yang ditetapkan, tetapi yang paling penting ialah kita memahami keperluan untuk menaik taraf kerana kita perlu mewujudkan penampilan dan imej yang lebih baik untuk produk, jenama PROTON ini sendiri dan proses menaik taraf ini menjanjikan khidmat yang lebih baik kepada pelanggan”.

Bagi Dato’ Sri Ngu Ung Yong, dari Ngu’s Motor Service Sdn Bhd, beliau memandang perkara ini dari segi sentimen kebangsaan, “PROTON adalah jenama kereta negara kita dan tugas kita adalah untuk menaikkannya sekali lagi. Lebih-lebih lagi, dengan kerjasama Geely dan pengurusan baharu, kami percaya PROTON berada dalam kedudukan yang baik untuk pemulihannya,” kata Ngu, yang akan menaik taraf premisnya kepada cawangan 4S.

Beliau menambah, “Selain itu, kami merupakan satu-satunya pengedar di Sibu dan dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap kereta Proton di Sarawak, saya yakin kami dapat menyumbang kepada jualan dan pertumbuhan pegangan pasaran PROTON dalam jangka masa panjang. Yang paling penting bagi kami ialah apabila kami dalam perniagaan ini dan untuk berjaya perlulah menghormati janji-janji kita kepada pelanggan, memberi perhatian terhadap isu-isu dan memenuhi keperluan mereka dengan cepat. Nilai-nilai murni perlu diterapkan dan sikap yang positif terhadap pelanggan”.

Photo 3

Keyakinan terhadap hala tuju masa hadapan PROTON – 7 pengedar baharu menyertai PROTON

Majlis menandatangani pengedar pada bulan ini lebih istimewa dan memberi makna kerana Syarikat bukan sahaja menerima lebih banyak penaiktarafan dari pengedar tetapi kami juga mengalu-alukan pengedar PROTON yang baharu. Tahap keyakinan jenama PROTON sangat kuat di pasaran dan Syarikat memuji keputusan baik mereka untuk bekerja sama bagi menjadikan PROTON hebat semula.

Bagi sesetengah pelabur ini, keyakinan mereka begitu kuat pada jenama PROTON dan mereka berpendapat bahawa cawangan mereka akan membuahkan hasil yang menguntungkan.

“Dari perspektif kami, perkongsian dengan Geely meletakkan kami dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk mendapatkan tarikan pasaran dan pada masa yang sama untuk merevolusikan model perniagaan PROTON. Kami juga faham bahawa para pengguna tidak sabar-sabar untuk menunggu pelancaran produk baharu yang akan datang, terutamanya kedatangan SUV pertama Proton yang akan dibawa ke Malaysia. Kami juga mengharapkan kerjasama dengan Geely akan membolehkan PROTON memperoleh kejayaan yang sama seperti Geely di China,” kata Teng Swee Eng dari DRS Golsta Sdn Bhd yang merupakan pengedar baharu PROTON dan juga merupakan pengalaman pertamanya sebagai pengedar kereta.

Keyakinan ini turut disuarakan oleh Chai Siam Yeong, dari Anggerik Semoyang Sdn Bhd, yang sebelum ini tidak mempunyai pengalaman sebagai pengedar kereta tetapi telah mengambil peluang ini untuk melabur bagi sebuah cawangan 3S. Pada pendapat beliau, “Walaupun kami tidak mempunyai pengalaman sebagai pengedar kereta, tetapi kami melihat peluang yang mengagumkan sebagai pengedar PROTON. Dengan kedatangan SUV Proton di pasaran tidak lama lagi, minat dari orang ramai adalah tinggi. Kami menjangkakan PROTON akan beroleh keyakinan yang lebih tinggi apabila kita telah bergerak ke hadapan, jadi bagi kami ini adalah satu pelaburan yang baik”.

Seorang lagi pengedar cawangan 3S baharu, ketika ditanya mengenai apa yang rakyat Malaysia mahukan di dalam sesebuah kereta, Goh Kian Chuan dari DIDI Motors Sdn Bhd percaya bahawa, “Pasaran kini mahukan kereta berkualiti dari PROTON pada harga yang berpatutan, dan bagi kebanyakan rakyat Malaysia, ini adalah dua ciri-ciri yang dipertimbangkan apabila pelanggan mencari sebuah kereta. Melihat kepada perkembangan semasa di PROTON, kami sangat yakin Syarikat menghala ke arah yang betul, dan ia pasti akan menjadi pesaing yang cergas di kalangan pengguna lain di pasaran, lebih-lebih lagi sekarang PROTON adalah sebahagian daripada kumpulan Geely”.

Peluang kini terhad untuk pengedar-pengedar berpotensi

PROTON, yang kini menjadi tumpuan di pasaran telah menarik banyak pelabur berpotensi untuk menjadi sebahagian daripada pengedar PROTON. Syarikat menggalakkan sesiapa yang berminat untuk mengemukakan permohonan secepat mungkin agar berpeluang untuk turut serta meraih kejayaan bersama PROTON.

“PROTON menerima sambutan menggalakkan daripada pengedar yang berminat menaik taraf cawangan mereka kepada 3S dan 4S, serta permohonan daripada pelabur baharu yang yakin dengan masa hadapan Syarikat. Berita yang baik ini memberi kami motivasi berterusan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami. Justeru itu, kami juga ingin memaklumkan bahawa bilangan untuk menjadi pengedar PROTON adalah terhad, jadi kami mencadangkan kepada mereka yang ingin menyertai kami, untuk mengemukakan permohonan dengan segera. Kami mengucapkan terima kasih di atas kesudian pelabur yang berpandangan jauh untuk menyertai kami bagi masa hadapan yang lebih kukuh bersama PROTON,” kata Dr Ho Tuck Sum, Ketua Perancangan Rangkaian PROTON.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada PROTON kerana menyediakan peluang untuk kami menjadi pengedar. Pastinya kami menjadi yang terawal untuk berjaya bersama PROTON. Tidak ada syarikat setanding lain yang kuat dan mampu seperti rakan kongsi antara Geely-PROTON yang mempunyai potensi besar dari segi kehebatan teknologi, keupayaan pembuatan serta keupayaan untuk membina kereta yang lebih selamat untuk masa hadapan yang memenuhi piawaian yang tinggi. Perkongsian ini akan meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap kami, dan yang lebih penting, ia membolehkan kami bersaing dengan produk lain dalam industri. Oleh itu, keputusan pelaburan ini pastinya merupakan langkah yang baik bagi kami,” kata Khoo Kim Hong dari Ultra Gallant Sdn Bhd, yang akan beroperasi sebagai cawangan 3S.

Promosi bagi Mei 2018

Kunjungi bilik pameran kami hari ini, dan dapatkan nilai hebat untuk setiap model kereta idaman anda. Terdapat kereta yang sesuai dengan keperluan anda setiap hari. Dapatkan subsidi sewa beli tanpa faedah* untuk model Proton terpilih, ansuran percuma selama 3 bulan atau bodykit at

Previous post

Ferrari SP38 Supercar Cantik Hanya-Satu

Next post

UMW Toyota Panggil Semula 1,900 Unit Alphard dan Vellfire

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *