Berita Auto

7 Pelanggan Bertuah Berpeluang ke Dubai Dengan Shell Rimula Ultimate Stopover

Sebagai tanda penghargaan bagi segala usaha gigih dan dedikasi pemilik fleet, minyak enjin diesel tugas berat Shell Rimula (HDDEO) menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan iaitu percutian yang dibiayai sepenuhnya selama 4 hari 3 malam di Shell Rimula Ultimate Stopover 2018 dari 13 hingga 17 November di bandar Dubai yang penuh dengan kemewahan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tidak kiralah sama ada anda pemandu trak yang merancang laluan harian anda, atau pemilik perniagaan kecil yang sedang membuat perancangan masa depan, anda perlu berhenti sebentar untuk merenung sejenak dan mengembalikan semula tenaga anda. Tujuh pemenang bertuah peraduan Shell Rimula Ultimate Stopover 2018 ini akan menjalani penjelajahan baru untuk menyaksikan Dubai yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

Mereka juga akan berpeluang untuk mendapat maklumat daripada pakar-pakar industri mengenai inovasi terkini dalam teknologi enjin trak dan pelincir, yang dihasilkan untuk membantu pemandu trak dan pemilik fleet mengatasi cabaran harian mereka.

Antara topik yang akan dibincangkan termasuklah trend dan pandangan global berkenaan HDDEO, inisiatif dan inovasi baru Shell Rimula serta sains dan teknologi termaju di sebalik produk-produk Shell Rimula. Peserta juga akan dapat mempelajari secara amali menerusi demonstrasi teknikal yang menunjukkan bagaimana minyak enjin berfungsi serta dapat menguji kemahiran mereka dan minyak enjin Shell Rimula dengan pengalaman pemanduan off-road di bukit pasir di Dubai.

“Apa sahaja perjalanan yang dilalui oleh pelanggan kami, mereka mungkin terpaksa menghadapi perjalanan yang sukar; ia mungkin mengambil masa yang lama, berjauhan dari keluarga dan menghadapi risiko menjalankan perniagaan dalam persekitaran ekonomi yang kian mencabar. Namun begitu di Shell Rimula, kami tahu bahawa yang penting ialah elemen dalaman – impian dan cita-cita yang mendorong anda untuk maju ke hadapan.

“Shell Rimula Ultimate Stopover meraikan komitmen terhadap usaha yang gigih dan menawarkan peluang untuk mendapatkan percutian sekali seumur hidup ke Dubai – bandar ikonik di mana masa depan telah menjadi kenyataan dalam kehidupan harian. Mana lagi tempat yang lebih sesuai untuk merenung kembali perjalanan anda selain daripada di bawah langit malam di negara Arab?” kata Baljit Singh, Pengurus Besar – Malaysia dan Singapura, Shell Lubricants.

Untuk mendapatkan peluang untuk merasai pengalaman di Dubai pada Shell Rimula Ultimate Stopover tahun ini, pelanggan perlu membeli mana-mana minyak enjin diesel tugas berat Shell Rimula R6 LM, R5 LE atau R4 M, melengkapkan borang dalam talian di www.shell.com.my/rimula_uso dan menghantar penyertaan mereka sebelum 31 Julai 2018.

Previous post

Nissan LEAF Dapat Penarafan Keselamatan NCAP 5 Bintang

Next post

Naza Automall Kini Dengan Lebih Banyak Jenama Automotif

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *