Berita Auto

Volkswagen Perkenal Pakej ‘WILD’ Tiguan 1.4TSI Comfortline

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan pakej baharu untuk Tiguan Comfortline yang dikenali sebagai ‘WILD’.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pakej ‘WILD’ merangkumi pedal sports aluminium, kemasan krom pada bahagian belakang dan pemijak sisi dengan logo Tiguan. Kit tersebut dilengkapkan lagi dengan filem tingkap VW Tint.  Pakej ‘WILD’ ditawarkan pada harga RM5,099.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa pengenalan pakej ‘WILD’ memberi pilihan kepada pelanggan untuk membuatkan Tiguan mereka lebih menyerlah berbanding yang lain. 

“Kami sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan tawaran produk serta memberi pilihan yang bergaya kepada pelanggan. Penambahbaikan pada Tiguan sememangnya dapat memantapkan lagi reka bentuk serta kontur SUV yang bergaya,” katanya. 

Menjadi antara pilihan dalam kalangan peminat SUV di Malaysia, Tiguan menggabungkan enjin TSI 1.4L dengan pengecas turbo dan pancitan terus bersama kotak gear klac basah 6-kelajuan automatik. Enjin tersebut mampu menjana kuasa mengagumkan mencecah 150PS dan tork 250Nm di antara 1,500 hingga 3,500rpm. 

Tiguan Comfortline ditawarkan pada harga RM148,990 seunit, tidak termasuk pakej ‘WILD’. 

Sama seperti semua model Volkswagen (berkuat kuasa pada 1 Januari 2018) Tiguan hadir dengan program penyelenggaraan percuma selama 3 tahun (atau perbatuan sejauh 45,000km, mana-mana tiba-tiba dahulu), selain jaminan pengeluar dan bantuan tepi jalan selama lima tahun. 

Tiguan Wild

Previous post

Larangan Diesel Memaksa Pembuat Menyerah Jualan Terbaik Mereka

Next post

Peluang Untuk Menangi RM5,000 Setiap Hari di BHPetrol

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *