Berita Auto

Volkswagen I.D. R Pikes Peak Lebih Pantas Daripada Jentera F1

Volkswagen telah memperkenalkan kereta lumba elektriknya yang dikenali sebagai I.D. R Pikes Peak. Ia akan digunakan bagi cabaran Pikes Peak Hill Climb di Colorado, Amerika Syarikat pada bulan Jun ini dengan matlamat untuk membenam rekod sedia ada bagi kategori kereta elektrik iaitu 8:57.118 minit.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti Golf ‘twin-engine’ yang mengambil bahagian dalam acara sama pada tahun 1985 hingga 1987, jentera terbaru ini turut menggunakan ‘nadi’ berkembar dalam bentuk motor elektrik yang menghasilkan 680 hp dan 650 Nm.

vw-id-r-pikes-peak (1)

Jumlah tersebut mungkin tidak begitu mengagumkan terutamanya pada zaman sekarang, namun dengan berat badan kurang dari 1,100 kg, I.D. R Pikes Peak hanya memerlukan 2.25 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j. Volkswagen mendakwa ia lebih pantas berbanding jentera Formula 1 dan Formula E.

vw-id-r-pikes-peak (2)

Sama seperti kereta elektrik produksi, I.D. R Pikes Peak menggunkan pek bateri lithium-ion untuk menyimpan tenaga. Bagaimanapun, fokus utama pek bateri tersebut adalah prestasi dan bukannya jarak pemanduan. Ia mempunyai sistem pemulihan tenaga yang dijangka mampu menjana kira-kira 20 peratus kuasa sepanjang cabaran tersebut.

volkswagen-id-r-pikes-peak

 

Ia akan dipandu oleh juara bertahan Pikes Peak, Romain Dumas. Selain daripada tiga kejuaraan Pikes Peak, pelumba dari Perancis berusia 39 tahun itu juga pernah memenangi perlumbaan 24 Hours of Le Mans sebanyak dua kali.

 

Previous post

Ramdan Raih Podium SuperSports 600cc

Next post

Memminger Roadster 2.7 Ambil Inspirasi Daripada Beetle

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *