Berita Auto

Undian Untuk Menamakan SUV Proton Dapat Maklum Balas Memberangsangkan

Undian dalam talian yang dilancarkan oleh Proton di laman Facebook yang menjemput orang ramai untuk mengundi nama SUV pertamanya itu telah menarik maklum balas yang memberangsangkan dalam tempoh 9 hari pertama.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pada Rabu, 11 April, lebih daripada 69,000 pengguna Facebook telah mengambil bahagian dalam undian ini manakala video yang dikongsikan bersama undian itu telah mendapat lebih daripada 165,000 tontonan. Seramai lebih 1,000 pengguna turut berkongsi mengenai undian tersebut melalui halaman Facebook mereka, yang secara tidak langsung mendorong kepada peningkatan jumlah undian.

Sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang turut serta dalam undian ini, baucar hadiah bernilai RM100,000 akan dibahagikan kepada para peserta. Lima pemenang juga akan dipilih berdasarkan makna terbaik yang diberikan di sebalik nama yang mereka undi dan pakej hadiah yang bakal diterima terdiri daripada pengalaman bernilai seperti undangan ekslusif VIP pada majlis pelancaran serta diberi penghormatan untuk menjadi antara orang pertama memandu uji dan melihat sendiri teknologi dan ciri-ciri terkini yang terdapat pada SUV tersebut di litar ujian Proton di Shah Alam.

Selain itu, orang ramai turut diberi pilihan untuk mencadangkan nama lain bagi SUV tersebut. Sekiranya nama yang mereka berikan terpilih, seorang pemenang bertuah akan menerima hadiah pakej pelancongan selama 4 hari 3 malam ke Hangzhou dan Shanghai bagi 2 orang termasuk lawatan ke ibu pejabat Geely.

“Seperti yang telah kami kongsikan sedikit pada video promosi pertandingan ini, SUV ini akan dilengkapi ciri-ciri berteknologi canggih seperti pengenalan suara pintar, kamera 3D 360 darjah dan pelbagai ciri keselamatan canggih yang lain seperti kawalan pelayaran adaptif, brek bantuan kecemasan automatik serta pelbagai lagi,” tambah Rashid.

Tarikh tutup undian ini adalah pada 30 April 2018 jam 11.59 malam dan nama pemenang akan diumumkan sebelum tarikh pelancaran SUV pertama tersebut.

Previous post

Kia Telah Membangunkan Pengecasan Laju Tanpa Wayar Untuk EV Soulnya

Next post

Volkswagen Passat Comfortline Plus

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *