Berita Auto

Sime Darby Auto Connexion Lancar Bilik Pameran Dinaik Taraf di Kuching

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar eksklusif Ford di Malaysia telah meraikan pembukaan rasmi kemudahan yang dinaik taraf, Sime Darby Auto Connexion (Kuching).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bilik pameran di Kuching itu direka dengan standard Jenama@Peruncitan global Ford. Ia menempatkan ruang jualan, servis dan alat ganti di bawah satu bumbung untuk memenuhi segala keperluan pelanggan.

SDAC Kuching reception area

Terletak di Jalan Rock di Kuching, kemudahan seluas 2,033 meter persegi itu mempunyai satu bilik pameran yang mampu menempat enam buah kenderaan dan 13 ruang penyelenggaraan yang lengkap dengan sistem pengangkat. Kemudahan itu turut dilengkapi sebuah lounge pelanggan dengan Wi-Fi percuma. Pelanggan boleh menikmati minuman panas dan snek percuma ketika menunggu kenderaan mereka diservis.

SDAC Kuching service bay area photo 3

Kemudahan baharu itu dikendalikan oleh sepasukan juruteknik bertauliah dan juga dilengkapi dengan peralatan diagnostik dan perkakasan khas, selain menyediakan bekalan alat ganti tulen sepenuhnya.

SDAC Kuching parts store

Semua kakitangan Ford Sime Darby Auto Connexion (Kuching), termasuklah juruteknik, jualan dan servis telah menerima latihan amali yang diiktiraf di seluruh dunia bagi meningkatkan kemahiran mereka serta memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

SDAC Kuching service centre customer lounge photo2 jpg

Bilik pameran di Kuching terletak di lokasi strategik iaitu Lot 19, Block 10, 1 ½ Mile, Rock Road, 93200 Kuching, Sarawak. Bilik pameran tersebut dibuka mulai jam 8:30am-5.30pm dari Isnin hingga Jumaat, dan dari 8:30am-12:30pm pada Sabtu. Manakala waktu operasi Pusat Servis pula bermula jam 8:00am-5:00pm dari Isnin hingga Jumaat, 8:00am-12:00pm pada hari Sabtu.

SDAC Kuching Showroom photo 2

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian hotline bilik pameran Kuching di talian – bilik pameran 082-523- 855, pusat servis 082-523- 655 atau layari laman web www.sdacford.com.my.

Previous post

Boon Siew Honda Melancarkan X-ADV dan CRF1000L Africa Twin di MAI Malaysia Autoshow 2018

Next post

Apa Kata Pengedar Generasi Muda Mengenai Kerjasama Dengan Geely

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *