Motosikal / Lain Lain Roda

#ShellSelamatSampai Sasar Ubah Tingkah Laku Penunggang Muda

Shell Malaysia telah memulakan gerakan keselamatan jalan raya edisi 2018 dengan empat program utama yang bertujuan menekankan kepentingan keselamatan jalan raya di kalangan penunggang muda dan belia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Shell Malaysia Road Safety Movement atau lebih dikenali sebagai #ShellSelamatSampai (#SSS) adalah program pelaburan sosial yang menggerakkan kesedaran keselamatan jalan raya dan perubahan tingkah laku secara menyeluruh di kalangan penunggang motosikal dan belia, iaitu golongan yang menyumbangkan kadar kematian tertinggi dalam kemalangan jalan raya di Malaysia.

Buat julung kalinya, Shell Advance akan terlibat secara aktif dengan mengadakan bengkel penyenggaraan motosikal untuk memupuk kebiasaan penyenggaraan yang proaktif dan amalan pelinciran yang sewajarnya. Kenderaan yang disenggara dengan baik, termasuklah motosikal, adalah sangat penting dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Proper bike maintenance is crucial in ensuring safety on the road

Tahun ini, #ShellSelamatSampai (#SSS) terdiri daripada empat komponen utama, iaitu #SSS School Outreach, #SSS MyLesen, #SSS School Challenge dan #SSS Varsity Challenge.

Program #SSS School Outreach akan menyaksikan usaha Shell Malaysia untuk menyampaikan mesej zon bebas kemalangan ‘Goal Zero’ melalui pertunjukan jelajah yang menyeronokkan, mempunyai unsur pendidikan dan interaktif kepada 20 buah sekolah di seluruh negara.

Dalam program #SSS MyLesen, Shell akan menaja 40 orang pelajar Sabah dari SMK Badin di Tuaran dan SMK Inanam di Kota Kinabalu untuk mendapatkan lesen motosikal yang sah. Pelajar yang terpilih akan menjalani latihan penunggangan berhemah, kesedaran keselamatan jalan raya dan bagaimana menghadapi kecemasan, serta bengkel penyenggaraan motosikal. Program ini adalah kerjasama antara Shell Malaysia dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis trafik (PDRM) dan Kementerian Pendidikan.

Shell Lubricants Mktg GM May Tan (R) watches as students learn how to ch...

Sementara itu, #SSS Varsity Challenge bertujuan mencabar penuntut di enam universiti terpilih di seluruh negara, iaitu Curtin University, Monash University, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara, untuk menghasilkan prototaip atau peranti teknikal bagi tujuan campur tangan keselamatan jalan raya yang dapat membantu mengelakkan kemalangan. Hadiah Utama iaitu wang tunai sejumlah RM10,000 menanti projek yang paling mengesankan, kreatif dan mampan.

Pada tahun ini, 20 buah sekolah yang terpilih di seluruh negara akan turut mengambil bahagian dalam #SSS School Challenge, yang mempunyai objektif dan ganjaran yang sama dengan #SSS Varsity Challenge.

 

Previous post

Memminger Roadster 2.7 Ambil Inspirasi Daripada Beetle

Next post

Kia Stinger Lwn Porsche Panamera Lwn BMW 640i Gran Coupe

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *