Cerita Auto

Range Rover Velar Bakal Masuki Pasaran Malaysia Bulan Ini

Jaguar Land Rover Malaysia telah mendedahkan spesifikasi dan ciri-ciri menarik Velar yang dijangka akan dijual bermula bulan ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut syarikat itu, Velar akan ditawarkan dengan enjin Ingenium P250 bersesaran 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 247 hp dan 365 Nm. Enjin tersebut menyalurkan kuasa menerusi transmisi automatik lapan kelajuan dan pacuan all-wheel drive dengan Intelligent Driveline Dynamics.

Badan Velar dibina menggunakan rangka monocoque yang mengandungi 81 peratus aluminium aloi. Ia dipadankan dengan suspensi double-wishbone di hadapan dan suspensi Integral Link di belakang. Dari aspek penampilan, Velar menampilkan lampu LED sepenuhnya dan rim 21 inci dalam empat rekaan berbeza.

RR Velar Touch Pro Duo Infortainment System

Di dalam, Velar dilengkapi dengan dua skrin sentuh bersaiz 10 inci (Touch Pro Duo) yang terletak di tengah-tengah papan pemuka. SUV itu juga dilengkapi dengan Head Up Display, Virtual Instrument TFT Display, kamera, pintu but yang boleh dibuka dengan gerak isyarat dan Intelligent High Beam Assist.

Dari segi keselamatan dan ciri bantuan pemandu, Velar didatangkan dengan enam beg udara, Navigation Pro System serta Cruise Control Speed Limiter.

rrvelar18mystaticfirstedition070817018

Butiran penuh Range Rover Velar akan diumumkan semasa pelancaran rasminya di Malaysia. Pelanggan yang berminat boleh mendaftar dan menerima kemaskini mengenai pelancaran model itu di www.landrover.com.my/keep-me-informed.

 

Previous post

Volkswagen Passat Comfortline Plus

Next post

Haval Malaysia Tawar Rebat dan Insurans Percuma Sepanjang Bulan April Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *