Cerita Auto

Porsche 911 GT3 RS Catat 6:56.4 Minit di ‘Neraka Hijau’

Memang tidak dinafikan, Porsche 911 GT3 RS adalah antara jentera litar paling berbisa setakat ini dan kemampuannya sekali lagi terbukti dengan catatan masa 6:56.4 minit di litar Nurburgring, 24 saat lebih laju berbanding model GT3 RS terdahulu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pencapaian ini juga menyaksikan GT3 RS diangkat sebagai kenderaan produksi ketiga terpantas di litar tersebut selepas Lamborghini Huracan Performante (6:52.o1) dan Porsche 911 GT2 RS (6:47.25).

Menurut Porsche, jentera yang digunakan untuk catatan masa tersebut dilengkapi dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 R yang dibangunkan khas untuk kegunaan di litar lumba. Bersaiz 265/35 ZR 20 di hadapan dan 325/30 ZR 21 di belakang, tayar tersebut boleh dipesan di setiap Porsche Centre tidak lama lagi. Ia juga boleh digunakan pada model GT2 RS.

GT3 RS dikuasakan oleh enjin ‘naturally aspirated’ 4.0-liter enam silinder yang menghasilkan 520 hp. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.2 saat dengan kelajuan maksimum 312 km/j.

Previous post

BMW Group Malaysia Rai Pengedar Pada Malam Anugerah

Next post

Hap Seng Star Lancar Pusat 3S Puchong South Autohaus

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *