Berita Auto

Nissan Serena 2.0L S-Hybrid Varian Premium Highway Star

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) mengumumkan bahawa Nissan Serena 2.0L S-Hybrid serba baharu kini ditawarkan dalam varian Premium Highway Star; bersama warna luaran dua tona dan tambahan ciri-ciri premium.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pilihan warna yang ditawarkan adalah Imperial Umber (bumbung)/Cashmere Gold (badan), Diamond Black/Tungsten Silver dan Diamond Black/Brilliant White. Bahagian dalaman pula menampilkan upholsteri kulit yang boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Truffle Brown/Chestnut atau hitam.

03 ALL-NEW SERENA_PHS_COMBINATION LEATHER SEATS

Selain itu, varian Premium Highway Star turut didatangkan dengan panel LCD 10.1 inci yang dipasang pada bumbung, alas meja ‘tech-on’, perakam video pemanduan (DVR), lampu bumbung LED, visor pintu, rim aloi 16 inci, filem keselamatan 4Mil V-Kool serta salutan badan Ultra Glass ThreeBond.

07 ALL-NEW SERENA_PHS_10.1-INCH ROOF-MOUNTED LCD PANEL

Serena menampilkan enjin 2.0 Twin CVTC yang dipadankan dengan Xtronic CVT yang menghasilkan 150 PS pada 6,000 rpm dan 200 Nm pada 4,400 rpm. Penggunaan Dual Arm Tensioner (DAT) baharu menghasilkan ketegangan rendah pada tali sawat bagi mengurangkan masalah kehilangan kuasa serta meningkatkan tahap kecekapan bahan api.

20180413_102544

Sistem Hibrid Pintar pada Serena S-Hybrid serba baharu merupakan sistem hibrid yang kompak. Ia didatangkan dengan motor ECO yang dinaik taraf bagi mengawal sistem berhenti melahu dan memberi tambahan kuasa tork apabila memecut dari titik pegun. Ia juga berfungsi sebagai unit alternator semasa nyah pecutan untuk memudahkan pemulihan tenaga.

SAM_4091

MPV ini didatangkan dengan Nissan Intelligent Mobility yang merangkumi ciri-ciri seperti Monitor Pintar Pandangan Sekeliling (I-AVM) dengan 4 buah kamera, Pengesan Objek Bergerak (I-MOD), pintu gelongsor berkembar dengan pengesan kaki, serta tujuh tempat duduk dengan tujuh port USB.

SAM_4092

Ciri-ciri keselamatan termasuklah enam beg udara, Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Sistem Kawalan Jejak (TCS), Sistem Brek-Antikelincir (ABS), Bantuan Membrek (BA), Agihan Kuasa Membrek Elektronik (EBD), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan cagak tempat duduk kanak-kanak dengan Top Tether (ISOFIX).

SAM_4082

Serena 2.0L S-Hybrid serba baharu kini dibuka untuk tempahan dengan penghantaran rasmi dijadualkan bermula bulan Mei. Ia didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan dan servis penyelenggaraan selama tiga tahun atau 60,000 km. Bukan itu sahaja, 500 kenderaan pertama yang didaftarkan juga akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM500.

SAM_4087

Harga anggaran bagi MPV ini adalah RM140,000 bagi varian Highway Star dan RM155,000 bagi Premium Highway Star.

 

Previous post

Mengapalah Ford Focus RS Diabaikan Disini?

Next post

Mercedes Akan Lancar EQ Untuk Menandingi Model S Tesla

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *