Berita Auto

Naza Umum Pelantikan Timbalan CEO Kumpulan Automotif Baharu

Naza Corporation Holdings telah mengumumkan pelantikan Ramasamy Devaraju sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Kumpulan Automotif yang berkuat kuasa serta-merta hari ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dato’ Samson Anand George, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings berkata, “Pengetahuan dan kepakaran Devaraju akan menjadi kunci dalam membawa peningkatan kepada kumpulan automotif.”

Sebagai jurutera automobil dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri automotif, Devaraju sebelum ini pernah bekerja di India dan Timur Tengah di mana beliau mengendalikan operasi automobil di syarikat seperti Hindustan Motors, Tata Motors dan Mercedes-Benz India.

Beliau kemudiannya menghabiskan hampir 14 tahun di Malaysia bersama Cycle & Carriage Bintang Berhad di mana beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Operasi.

Dalam kapasitinya sebagai Timbalan CEO Kumpulan, Devaraju akan menyokong Dato’ Samson dalam menguruskan operasi automotif, dengan tumpuan kepada meningkatkan pengalaman pelanggan runcit.

Previous post

Teka Nama SUV Pertama PROTON Dan Menang Hadiah Bernilai Lebih RM100,000

Next post

McLaren Tawarkan Pakej Track Pack Untuk 570S Spider

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *