Berita Auto

MINI Countryman Panamericana Sedia Untuk Mengembara Sejauh 25,750 KM

Bagi membuktikan yang ia bukan sekadar jenama yang mengutamakan gaya dan penampilan sahaja, MINI akan memulakan sebuah pengembaraan jarak jauh dari Amerika Utara ke penghujung benua Amerika Selatan iaitu Tierra del Fuego. Jentera pilihan bagi cabaran ini adalah Countryman Panamericana.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dibina berasakan model Cooper SE Countryman ALL4, jentera tersebut telah menerima beberapa modifikasi bagi memudahkan perjalanannya nanti. Ini termasuklah rak bumbung untuk membawa tayar ganti serta dua lampu tambahan pada bahagian bampar hadapan. Ia juga menggunakan tayar dengan “ciri-ciri kecemasan” seperti tayar ‘run flat’.

???????????????????????????????

Tiada perubahan dari segi mekanikal, bermakna ia masih dikuasakan oleh gabungan enjin turbo 1.5-liter tiga silinder dan motor elektrik yang menjana kuasa keseluruhan sebanyak 221 hp dan 385 Nm. Ia mampu bergerak menggunakan kuasa elektrik sahaja sejauh 40 km jika bateri dicas sepenuhnya.

???????????????????????????????

Panamerica, juga dikenali sebagai lebuh raya Pan-American, Ruta Panamericana atau Interamericana, merupakan sebuah laluan sepanjang 25,750 km (48,000 km jika semua laluan alternatif dikira) yang menghubungkan Alaska dengan Tierra del Fuego di Argentina. Selain daripada lebuh raya, jalan berbatu dan laluan sempit di kawasan bergunung, MINI juga akan menaiki bot untuk merentasi kawasan sempadan antara Panama dan Colombia.

???????????????????????????????

Orang ramai boleh mengikuti liputan pengembaraan ini menerusi akaun Instagram MINI.

Previous post

Volvo XC40 Boleh Didapati Dengan 'Exterior Styling Kit'

Next post

MPV Nissan Serena Pasti Laku

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *