Berita Auto

Ini Rupa Kluster Instrumen Digital Baharu BMW

Selain daripada M2 Competition, BMW turut mendedahkan kluster instrumen digital Operating System (OS) 7.0 yang merupakan sebahagian daripada sistem infotainment iDrive yang dipertingkatkan. Ia dijangka akan digunakan pada model mewah seperti 7 Series facelift, 8 Series dan X7.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan susun atur yang jelas, paparan OS 7.0 membolehkan pemandu meletak peta navigasi bersebelahan dengan kandungan-kandungan yang boleh dipilih secara individu. Pada masa yang sama, kluster instrumen dan paparan pada konsol tengah disepadukan supaya tampil lebih kemas.

bmw-operating-system-70 (2)

Paparan tengah turut dinaik taraf untuk menghasilkan tindak balas sentuhan yang lebih baik. Ia juga menyediakan 10 halaman menu utama di mana setiap halaman boleh memuatkan antara dua hingga empat item berbeza. Struktur menu yang lebih ringkas juga memudahkan pemandu untuk mengakses fungsi-fungsi kenderaan.

bmw-operating-system-70 (1)

Selain daripada skrin sentuh, pengguna boleh menggunakan OS 7.0 menerusi tombol iDrive, kawalan pergerakan atau kawalan suara.

bmw-operating-system-70 (3)

bmw-operating-system-70 (4)

Previous post

Modenas Dominar D400 Kini di Malaysia - RM13,788

Next post

Skoda Kamiq - Satu Lagi SUV Untuk Pasaran China

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *