Berita Auto

Hap Seng Star Lancar Pusat 3S Puchong South Autohaus

Mercedes-Benz Malaysia dan Hap Seng Star telah merasmikan pembukaan Puchong South Autohaus baharu. Sehingga kini, Hap Seng telah melabur sejumlah RM250 juta dalam mengembangkan operasinya di seluruh negara, termasuk pelaburan sebanyak RM6 juta untuk pusat terbaru ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Puchong South Autohaus terletak secara strategik bersebelahan dengan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP – Tol Plaza Puchong Barat), memberikan akses mudah kepada pelanggan Mercedes-Benz di kawasan Puchong, USJ dan Putrajaya.

PW-06051-Final

Dengan kawasan berkeluasan 21,577 kaki persegi, Puchong South Autohaus menampilkan konsep Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II) serta identiti korporat (CI) terbaru jenama tersebut. Pusat 3S itu mempunyai bilik pameran yang boleh menempatkan sehingga lapan buah kenderaan pada satu-satu masa serta 12 ruang servis dengan kapasiti sehingga 500 buah kenderaan sebulan.

PW-06101

Selain itu, pusat tersebut turut menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan istimewa dan bantuan tepi jalan 24 jam. Semua juruteknik adalah diiktiraf oleh Mercedes-Benz dan mampu melakukan kerja-kerja pembaikan menggunakan peralatan Mercedes-Benz yang terkini.

PW-06189

Mercedes-Benz Hap Seng Star Puchong South Autohaus beralamat di Lot 14225, KM3.8, Lebuhraya Damansara-Puchong, 47100, Puchong. Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 – 8051 5616.

Previous post

Porsche 911 GT3 RS Catat 6:56.4 Minit di 'Neraka Hijau'

Next post

Pelancaran Kempen Reimagine 'Haval Rocks The Town Tour' Oleh Duta Haval H2 Rozita Che Wan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *